Kasihnya Ibu...


Kami, Puteri UMNO berasa amat terharu dengan pengorbanan yang diberikan oleh YB Datuk Rosnah terhadap Negara. Sebagai seorang pemimpin, YB Datuk memikul satu tanggungjawab yang amat berat untuk kepentingan Rakyat dan Negara.

Baru-baru ini YB Datuk telah menghadiri satu majlis di kawasan parlimennya Papar, Sabah. Namun setibanya beliau di Papar, YB Datuk dikejutkan dengan berita anaknya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam panas. Sebagai seorang ibu, hati mana yang tidak tersentuh, tidak risau akan keselamatan seorang anak, malahan anak yang masih kecil tidak berdaya.

Walaupun begitu, tanggungjawab harus dilaksanakan sebaik mungkin. Majlis berjalan dengan lancar. Setelah selesai majlis, YB Datuk terus pulang ke Putrajaya untuk bersama-sama dengan anak kesayangan beliau. Yang mengejutkan kami ialah, keesokan harinya, YB Datuk terpaksa ke Kelantan pula atas urusan rasmi.

Beginilah pengorbanan seorang pemimpin terhadap rakyat dan negaranya. Seorang ibu yang amat penyayang terpaksa berkorban demi menjalankan tanggungjawabnya.

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga
Berkorban Raga Rela Binasa
Berkorban Nyawa Tanda Kasihnya

1 comment:

  1. Salju Putri4/06/2011

    Sememangnya pengorbanan seorang ibu tidak dapat dinafikan lagi...Hargailah mereka selagi nyawa di badan...Tahniah YB Datuk Rosnah... We Salute U..!!

    ReplyDelete