Anwar Gadai Melayu Demi Jadi PM : Tun Mahathir


Anwar Ibrahim rela Melayu berpecah belah demi membolehkan dirinya menjadi Perdana Menteri. "Keinginan tidak terkawal Anwar untuk menjadi PM sehingga sanggup mengadai Bangsa Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu". Ujar Tun Mahathir.

UMNO ditubuhkan demi menggabungkan bangsa Melayu dan mempertahankan bangsa melayu. Sejak dahulu lagi UMNO telah banyak berjasa kepada bangsa Melayu, tetapi apa yang menyedihkan, masih ada lagi bangsa melayu yang ingin merosakkan parti bangsanya sendiri.

Majlis Pelancaran Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia, Piala Perdana 2011

Majlis Pelancaran Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia,
Piala Perdana 2011


Bertempat di Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18, Putrajaya.

Dilancarkan oleh YB Dato' Sri Ahmah Shabery Cheek, Menteri Belia Dan Sukan.





KLINIK FUTSAL BERSAMA FC BLONDE DI GELANGGANG MOKHTAR DAHARI, KOMPLEKS FUTSAL 1 MALAYSIA, PUTRAJAYA

Ketibaan YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin,
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
dan
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.


Bersama Pasukan Futsal Daripada Papar, Sabah







Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia, Piala Perdana 2011

Pendaftaran Pasukan-Pasukan Futsal Wanita Di Bangunan Kementerian Belia Dan Sukan




Taklimat Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia, Piala Perdana 2011 Oleh FAM







KUALA TERENGGANU 30 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

"Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.

Perdana Menteri berkata, masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan UMNO.

"UMNO lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)”. Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?,” kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk “T” atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN,” katanya. - Bernama

Sumpah Laknat Datuk Eskay Cuba Dihalang PKR




Alhadulillah, Datuk Eskay akhirnya menunaikan janjinya. Beliau telah hadir di Masjid di Sentul bersama-sama Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bekas Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim bagi melaksanakan lafaz Sumpah Laknat dengan tegas mengatakan individu yang terlibat di dalam VIDEO SEKS tersebut merupakan Anwar Ibrahim.

Laporan yang diterima daripada Wartawan KL POS mengatakan, bahawa Datuk Eskay memulakan mukadimah dengan melakukan Solat Sunat bagi memberkati satu amanah yang penting demi memelihara Negara daripada dipimpin oleh seorang manusia yang realitinya adalah Pemusnah Negara.

Sumber gambar daripada KLPOS.COM

Walaupun cuba dihalang oleh sekumpulan pemuda PKR namun dengan izin Allah SWT, Datuk Eskay berjaya melafazkan sumpahnya dengan lancar.

Keikhlasan Datuk Eskay dalam membuktikan kebenaran dakwaannya seharusnya dicontohi oleh Anwar Ibrahim. Jika benar-benar tidak bersalah, Anwar tidak perlu mencari alasan untuk tidak melafazkan sumpah. Tiada Angin Masakan Pokok Bergoyang ?

Alfatihah Untuk Ketua Puteri UMNO Pekan Lama, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Ketua Puteri Umno Cawangan Pekan Lama, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Saudari Nurul Huda Dato Hj Jamaluddin telah kembali kerahmatullah akibat kemalangan jalan raya pagi tadi.

Al-Fatihah, semoga Rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin

Jenazahnya di kebumikan di kampung asalnya di Kampung Sawah Lebar, selepas solat jumaat tadi.

Akhirnya Kini Telah Sempurna !

Setelah lama rakyat menanti dengan penuh kesabaran. Dari video pertama, kemudian muncul pula video ke dua. Ramai yang menyangkakan Video Seks Ketua Pembangkang akan muncul video keseluruhannya pada bila-bila masa sahaja. Ternyata apa yang disangkakan adalah benar. Hari ini, video keseluruhan tersebut telah tersebar secara meluas di Youtube.

Tiada lagi kesangsian, tiada lagi keraguan. Ternyata apa yang disaksikan oleh rakyat adalah yang benar. Ternyata Anwar Ibrahim merupakan pelakon utama video terbabit. Malah seperti yang dinyatakan oleh Yusry KRU, adalah mustahil untuk melakukan pengubahsuaian atau (Superimpose) kepada video yang hanya berdurasi selama 20 minit.

Video terbabit telahpun disahkan sebagai tulen oleh pakar daripada Korea. Pihak polis sendiri telah menyatakan kepada rakyat akan ketulenan video tersebut

Puteri amat bersimpati kepada keluarga Anwar Ibrahim. Wan Azizah pasti hancur hatinya melihat sendiri perlakuan sumbang suaminya. Nurul Izzah pasti amat malu dengan rakan-rakannya kerana mempunyai Papa yang ternyata rendah moralnya.

Para penyokong Anwar, sedarkah kamu semua bahawa Ketua kamu hanyalah seorang penipu yang besar. Terlalu banyak peluang yang diberikan kepada Anwar untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, namun segala peluang tersebut tidak digunakan oleh Anwar malah ditolak bulat-bulat olehnya. Mungkin kerana tahu dirinya sememangnya bersalah.


Pelancaran Buku "My Heart, My Health" dan Kad Kesihatan


Majlis Pelancaran Buku "My Heart, My Health" dan Kad Kesihatan telah diadakan di Hotel Istana semalam oleh Pertubuhan Profesional Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOSHPA).

Buku tersebut dilancarkan oleh Y.A Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia.


"Kita diingatkan tentang kadar kematian yang tinggi berpunca dari sikap kurang prihatin terhadap penjagaan kesihatan terutamanya penyakit jantung. Pada hari ini nisbah setiap satu daripada tujuh orang di Negara kita adalah pesakit jantung. Ini seharusnya dipandang serius oleh semua peringkat masyarakat dan individu di negara kita". Kata Datin Paduka Seri.


Tujuan buku "My Heart, My Health" diterbitkan adalah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dan tenaga kerja di Malaysia betapa pentingnya perihal penjagan kesihatan dan amalan cara hidup yang sihat.


Kad Kesihatan yang juga dilancarkan pada hari yang sama, mempunyai saiz seperti Mykad dan mengandungi maklumat pemegang kad tersebut seperti maklumat doktor yang merawat, jenis ubat yang diberi dan jenis alahan. Dengan Kad Kesihatan tersebut, pesakit boleh menerima rawatan di mana-mana pusat rawatan.

Turut hadir di Majlis Pelancaran tersebut adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga bertanggungjawab sebagai Penasihat Program.

Isu Jam Omega Tak Selesai lagi, Nak Pertikai Tali Pinggang Pula?


Memang dah dijangkakan, Makcik Wan dan Kak Izzah akan menafikan sekeras-kerasnya kesasihan video ke2 Anwar Ibrahim yang tersebar luas semalam. Malah para penyokong Anwar juga menyatakan bahawa mereka yakin 100% setelah melihat video ke2 terbabit bahawa Anwar bukanlah pelakon utama tersebut.

Apa alasannya?

Kini mereka mempersoalkan Di Mana Tali Pinggang Anwar Ibrahim ketika itu?

Puteri simpati dengan penyokong tegar Anwar ini. Seperti sudah hilang punca, hilang idea untuk mencari jalan untuk menafikan pembabitan Anwar di dalam video tersebut.

Kita imbas kembali, Mula-mula isu Perut Buncit, lepas itu isu Janggut, Lepas itu isu Jam Tangan Omega. Makcik Wan dah lupa? Jam tangan Omega masih belum lagi ditunjukkan kepada rakyat. Dikatakan Jam Tangan tersebut ada pada Makcik Wan? Jadi kenapa masih tidak ditunjukkan kepada kami semua?

Kini Tali Pinggang pula? Lepas ini apa agaknya? Saiz seluar? Saiz Baju? Bentuk Seluar Dalam?

Kenapa tali pinggang? kan lebih senang jika dipertikaikan Seluar Dalam? Mungkin Anwar gunakan Seluar Dalam CK? Polo? atau Paul Smith?

Penafian ini dilakukan dalam keadaan terdesak. Puteri tetap simpati dengan para penyokong yang masih membiarkan diri mereka dibohongi keluarga Anwar Ibrahim.

Mungkin akan datang ada video ke3 pula bakal menyusul?

Payung Emas Untuk Wan Azizah ?


Pada mulanya Puteri rasa simpati dengan Wan Azizah kerana percaya yang beliau tidak mengetahui akan perangai suaminya Anwar Ibrahim. Setelah Anwar didakwa meliwat, melanggan gadis cina, Wan Azizah dilihat seperti tidak bermaya dalam menghadapi situasi tersebut.

Namun setelah keluarnya video Anwar Ibrahim, Puteri nyata terkejut dengan reaksi Wan Azizah. Dia dilihat seolah-olah cuba untuk berpaling daripada kebenaran. Jika demi suaminya itu, Wan Azizah sanggup menipu para penyokongnya demi kepentingan peribadi maka Puteri amat tidak bersetuju dengan Wan Azizah.

Sesuatu pengorbanan ada hadnya. Begitu juga untuk kita, sebagai Wanita, sememangnya Suami merupakan keutamaan kita. Tetapi jika ternyata Suami bertindak curang di belakang kita, malah si suami yang jelas melanggar hukum agama dengan perbuatan meliwat malah dengan kaum sejenis, maka tiada lagi istilah pengorbanan di dalam diri si Isteri. Seharusnya Si Suami dihadapkan kemuka pengadilan dan bukannya bersekongkol bersama suami menipu rakyat !

Malah lebih teruk, diheretnya pula si Anak Perempuan, bersama-sama menipu menegakkan benang yang basah.

Ada rakan Puteri yang kata

" Wan Azizah mungkin mahukan Payung Emas untuk dirinya.."


Puteri jawab

" Payung Emas untuk isteri yang beri keizinan suami berkahwin satu lagi, bukan beri izin si suami layan Amoi Cina ! "

Video Ke2 Anwar Ibrahim Telah Disebarkan !



Amat memalukan! Sehingga Puteri tidak sanggup untuk meletakkan link video tersebut di dalam blog ini. Cukuplah hanya gambar sebagai perbandingan para pembaca semua untuk menilai sendiri siapa sebenarnya pelakon utama video panas ini.

Dikatakan video ke2 ini disiarkan tidak lebih daripada setengah jam, dimana kini video tersebut telah disekat oleh Youtube. Namun Puteri yakin masih ada diantara bloggers yang sempat memuat turun video tersebut.

Puteri hanya mampu memaparkan Screenshot daripada video terbabit. Tak sanggup rasanya untuk memaparkan video tersebut di sini.

Jika ada yang ingin lihat. Sila ke link ini : Video Anwar

Apa lagi yang dimahukan oleh pihak pembangkang? masih tidak mempercayai lagi ketua pembangkang mereka merupakan seorang yang mempunyai moral yang rendah. Maruah yang rendah. Ini bukanlah ciri-ciri pemimpin yang Malaysia mahukan !

Ahli Puteri UMNO sepakat Menolak Pakatan Rakyat dan Menolak Anwar Ibrahim !

Haron Din : Saya Tak Cakap Macam Itu! Ini Fitnah Suara Keadilan !


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.

"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar dimedia massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan SUARA KEADILAN membaca Utusan Malaysia adalah haram.

"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini.

Ternyata Suara Keadilan telah melakukan satu pemfitnahan besar terhadap Datuk Dr. Haron Din. Maka mengikut fakta ini jelas yang Haram adalah Suara Keadilan itu sendiri.

Utusan Malaysia Haram ! : Fatwa Terbaru PAS




Dewan Ulama PAS telah mengemukakan satu lagi fatwa terbaru mereka. Kali ini mereka Mengharamkan Utusan Malaysia.

Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "HARAM" dari sudut Islam, tegas Ulama terkemuka, Profesor Datuk Dr Haron Din.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

PAS seringkali menggunakan Agama Islam sebagai alasan untuk kepentingan politik mereka. Puteri kesal kerana, PAS yang menjadi alasan utama bagi kekeliruan umat Islam di Malaysia. Isu Halal dan Haram tidak boleh diambil mudah. Hanya kerana tidak sependapat di dalam politik, PAS tidak boleh sewenang-wenangnya memfatwakan Utusan Malaysia sebagai Akhbar yang Haram untuk dibaca oleh umat Islam.

Puteri tidak menyangkal perihal fitnah adalah salah dan haram di dalam agama Islam. Tetapi Puteri mempertikaikan atas dasar apa Utusan Malaysia boleh dikatakan Haram oleh PAS? Fitnah? Jika betul, bagaimana dengan Harakah? Suara Keadilan? Akhbar-akhbar ini juga ada mengeluarkan berita fitnah mengenai pembabitan Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah dalam pembunuhan Atlantuya. Jadi bukankah ini bermakna Harakah juga Haram?

Puteri amat kesal dengan pucuk pimpinan PAS yang ternyata mudah mempermainkan soal Halal dan Haram demi kepentingan politik mereka. PAS ternyata tidak mampu untuk berlaku adil kepada rakyat, jauh sekali untuk berlaku adil di dalam hal ehwal agama. PAS juga, Puteri lihat bukanlah medium utama untuk memperjuangkan Agama Islam di Malaysia. PAS ternyata tidak layak untuk memikul tanggungjawab itu.

Mengeluarkan fatwa sesuka hati mereka. Mengelirukan para penyokong mereka dengan hal-hal yang mereka sendiri tidak pasti. Tindakan PAS pada kali ini jelas boleh menyimpang daripada ajaran Agama Islam. Menjatuhkan hukum dengan sesuka hati tanpa ada pertimbangan teliti mengenai sesuatu perihal.

Berhati-hati, atau PAS mungkin akan dilabel sebagai Parti Ajaran Sesat.

Juggling Act To Offer Specialist Care


KUALA LUMPUR: Lifestyle changes and an ageing population translate into a demand for specialist healthcare.

Deputy Health Minister Datuk Rosnah Rashid Abdul Rashid Shirlin told the New Straits Times recently that the country's secondary and tertiary medical services needed to be expanded and strengthened, especially in the fields of radiotherapy, oncology, cardiothoracic surgery, neurosurgery and geriatric care.

"The escalation of outbreak infections, such as adenovirus, leptospirosis, dengue, severe acute respiratory syndrome, Influenza A (H1N1) and Nipah virus also require disease outbreak specialists, of which there are currently only seven in the Health Ministry."

On top of that, there was a growing need for specialists who provided chronic care and palliative care (especially for cancer and stroke victims) as well as medical rehabilitation specialists, medical emergency specialists and pre-hospital care specialists for victims of accidents.

She said at present, there were enough specialist services at government hospitals in all states, which was made possible by bringing in specialists from other government hospitals and private hospitals when the need arose.

On a separate issue, Rosnah said 25 per cent of unmarried pregnant teens had come to government clinics and hospitals to seek antenatal services and to give birth.

The Health Ministry recorded some 6,000 adolescents between the ages of 10 to 19 seeking antenatal services from July to December last year, adding that this was proof that not all pregnant unmarried women resorted to baby dumping.

"Due to the increasing reports of baby dumping, we have advised medical staff to be welcoming and to not be judgmental when attending to unmarried women and girls.

"Our position is not to judge but to provide the best care to patients regardless of the circumstances."


Seimbas Program Sembang Petang, Sihat Bersama Dengan Rakan FB, Twitter dan Media - Part 3

YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin memberikan ucapan pada petang itu.

"Pertemuan secara bertentang mata tentunya membuka ruang yang lebih luas untuk kita beramah mesra, jangan pula apabila bertentang mata lidah kelu nak berkata-kata. Jika ada pertanyaan yang terpendam di hati, inilah harinya untuk luahkan segala-galanya. Jika ada idea untuk dikongsi kearah memantapkan Pergerakan Puteri UMNO atau berhubung kait dengan kementerian saya, maka saya kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Hari ini adalah hari untuk saya dan anda semua bermesra, bertukar cerita dan berkenalan dengan lebih lanjut lagi." Ujar YB Datuk Rosnah.






Sesi Cabutan Bertuah juga diadakan bagi memeriahkan majlis. Hadiah disampaikan oleh YB Datuk Rosnah kepada para hadirin yang bertuah pada hari itu.




YB Datuk Rosnah beramah mesra dengan rakan Media yang hadir pada petang itu.




Semangat 1Malaysia amat penting bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum. YB Datuk Rosnah amat menghargai sokongan daripada rakan-rakan Facebook, Twitter dan juga Rakan Media yang banyak menyokongnya sehingga beliau berjaya di peringkat sekarang.