Kempen Menjiwai 1Malaysia & Penyerahan Komputer Riba Kepada NGO


Kempen Menjiwai 1Malaysia Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama Yayasan Jiwa Malaysia & Penyerahan Komputer Riba Kepada NGO terpilih Oleh
YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Perkarangan Aras 4, Menara Dato Onn, PWTC pada 19 Ogos 2011






















Puteri UMNO Kian Mara !


Tahniah kepada Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang kini telah memperolehi keahlian seramai 360,000 ahli di seluruh negeri. Dengan jumlah ahli yang ramai sebegini, adalah tidak mustahil untuk ahli-ahli Puteri UMNO untuk bersatu padu bersama-sama mereliasasikan tujuan utama parti iaitu membantu Barisan Nasional untuk menang di PRU13 nanti.

Kini seluruh bahagian Puteri UMNO harus memastikan ahli-ahli di bawah naungan mereka untuk berdaftar sebagai pengundi bagi mereka yang sudah layak untuk mengundi. Setiap undi anda adalah penting bagi menentukan kemenangan Barisan Nasional kelak.

Inilah masanya untuk Puteri UMNO membuktikan bahawa kita mampu untuk menjadi satu jentera bantuan Barisan Nasional yang boleh mengentarkan pihak pembangkang! satu jentera yang bakal menggegarkan medan perjuangan Barisan Nasional.

Puteri UMNO Akan Terus Mara !

Insurans Diri Anda Bersama Kad Hawa. Nikmati Kelebihannya !


Golongan wanita kini berpeluang untuk mendapatkan perlindungan insurans untuk diri mereka dengan hanya memiliki Kad Hawa yang memberi perlindungan insurans sehingga RM10,000. Apa yang menarik, anda hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk memiliki kad tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata
Kad itu meliputi perlindungan ragut, kematian akibat kemalangan atau hilang keupayaan kekal, kehilangan wang tunai dan barangan peribadi berharga serta rompakan di Mesin Pengeluaran Wang (ATM).

Program dengan kerjasama RealRewards ini diperkenalkan khas bagi melindungi wanita yang seringkali menjadi sasaran utama jenayah.

Lebih menarik lagi, perlindungan insurans untuk tahun pertama adalah percuma dan pemegang kad perlu memperbaharui kad itu untuk tahun seterusnya.

Berita baik bagi wanita di Malaysia, Kad Hawa ini juga boleh digunakan untuk mengumpul mata ganjaran dan berfungsi juga sebagai kad diskaun untuk 1,300 rakan niaga RealRewards.

Majlis Pelancaran Kad Hawa Real Reward & Sambutan Ulangtahun ke-10 Puteri UMNO Malaysia