Karpal Singh : Mat Sabu Tolong Diam !



GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong. Pemimpin DAP itu berkata, rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.

Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara. Karpal Singh berkata, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan. "Saya bukannya anti PAS dan saya juga tidak anti Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan. "Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan, ia negatif," kata Karpal Singh. Mat Sabu yang kemudiannya menjelaskan tentang kenyataannya berkata, mereka yang menyerang Bukit Kepong adalah hero kerana mereka pejuang kebebasan dan bukan kerana mereka menyerang anggota polis Melayu.- BERNAMA

Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ingin menyampaikan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BERNAMA TV yang telah terkorban kerana terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, petang semalam.

Selain jurukamera Bernama TV, jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan juga terkena tembakan dan cedera di bahu kanan. Pengorbanan besar yang dilakukan oleh sekumpulan rakyat Malaysia ini yang sanggup meninggalkan keluarga demi membantu rakyat Somalia patut dipuji.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita sama-sama sedekatkan Al – Fatihah kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.

Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia !


PAPAR: Pergerakan Puteri Umno mendesak Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu supaya meminta maaf kepada rakyat negara ini atas kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong yang mendakwa penyerang anggota keselamatan dan keluarga tragedi itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Ketua pergerakan itu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana kehidupan dan keamanan yang dirasai oleh pemimpin berkenaan bersama keluarganya adalah hasil perjuangan pemimpin lampau yang m
Beliau berkata Puteri Umno kecewa dengan kenyataan Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan mahu beliau menarik balik kenyataannya itu.

“Ini merupakan satu kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan keluarga yang terlibat terutama sekali keluarga pejuang-pejuang kita yang telah pergi berasa sedih, lebih-lebih lagi kita berada dalam suasana kemerdekaan serentak dengan sambutan Hari Raya.

“Kenyataan begitu sewajarnya tidak dikeluarkan oleh mana-mana pihak atau mana-mana parti politik sekalipun,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Hari Raya anjurannya di Dewan Masyarakat Papar, di sini, Khamis. - BERNAMA

Kempen Menjiwai 1Malaysia & Penyerahan Komputer Riba Kepada NGO


Kempen Menjiwai 1Malaysia Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama Yayasan Jiwa Malaysia & Penyerahan Komputer Riba Kepada NGO terpilih Oleh
YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Perkarangan Aras 4, Menara Dato Onn, PWTC pada 19 Ogos 2011