Puteri UMNO Dulu Kini dan Selamanya...



Masih teringat ketika permulaan penubuhan Puteri UMNO. Masih segar diingatan ketika Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, merasmikan penubuhan Puteri UMNO di PWTC. Masih meremang bulu roma penulis setiap kali apabila mendengar lagu rasmi Puteri UMNO, terbayang ketika itu, beribu-ribu ahli Puteri UMNO bangun tegak berdiri, bersatu menyanyikan lagu Puteri UMNO dengan penuh bersemangat.

Kini telah 10 tahun berlalu, Puteri UMNO tetap kukuh bersama-sama rakan-rakan seperjuangan Pemuda UMNO dan Wanita UMNO. Bersama-sama berganding bahu membantu kerajaan Barisan Nasional dalam usaha memajukan negara dan menjaga perpaduan rakyat.

Kini Puteri UMNO di bawah kepimpinan Yang Berhormat Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, kian mara dalam perjuangan parti yang disayangi. Sebagai Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat telah banyak menyediakan program-program berbentuk kesihatan untuk ahli parti.

Bukan mudah untuk mengekalkan kedudukan Puteri UMNO seperti hari ini. Banyak rintangan yang terpaksa kami tempuhi, adalah menjadi lumrah bukannya semua ingin melihat kejayaan kami, masih ada lagi yang iri hati dengan kejayaan Puteri UMNO. Banyak dugaan yang harus kami tempuhi, namun ahli Puteri UMNO tetap akan bersatu dan menyokong parti di bawah kepimpinan Ketua Puteri UMNO yang berani, tegas dan berkaliber.

Kami masih ingat lagi jasa-jasa mantan Ketua Puteri UMNO, Dato' Sri Azalina Othman Said dan juga Datuk Noraini Ahmad. Segala tunjuk ajar mereka kepada kami dalam menghadapi susah senang, pahit getir di dalam arena politik tetap kami jadikan pengajaran dan panduan. Kami bersyukur kerana mereka tetap mengambil berat akan perihal ahli Puteri UMNO.

Datuk Noraini rajin juga datang menjengah kami dan sering memberi kami nasihat yang amat berguna. Banyak idea-idea diberi bagi tujuan kemajuan parti. Terima Kasih kami ucapkan.

Dato' Azalina walaupun jarang datang ke pejabat puteri, mungkin kerana kesibukan urusan kerja, tetapi beliau tetap menghantar wakilnya untuk bertanya khabar terbaru Puteri UMNO. Ini jelas menunjukkan keprihatinan beliau kepada parti.

Kami amat bersyukur kerana mempunyai barisan pemimpin seperti mereka. Kini dengan kepimpinan Ketua Puteri UMNO Yang Behormat Datuk Rosnah, kami yakin Puteri UMNO akan berdiri teguh dan bersemangat kental seperti ketika permulaan penubuhan Puteri.

Kini dengan kerjasama barisan penggerak parti yang terdiri daripada orang-orang lama dan juga orang-orang baru yang berkebolehan, kami yakin Puteri UMNO kini akan lebih maju dan mara di dalam perjuangan kami.

====================

Wahai Puteri-Puteri tercinta
Berbaktilah pada ibu pertiwi
Bekerjasama Berganding Tangan
Bergerak Terus Maju
Mari Buktikan Taat Dan Setia
Pada Nusa Dan Bangsa Kita
Pasti akan Dikenang Jasamu Baktimu
Sehingga Di Akhir Zaman
Walaupun Apa Rintangan
Patahkan Sepenuh Tenaga
Usaha Kita Murni
Wahai Puteri-Puteriku
Andaikan Kita Gugur Di Medan
Didalam Kanta Perjuangan
Pastikan dikenang, Jasamu Baktimu
Sehingga Di Akhir Zaman.

1 comment:

  1. Puteri...
    Anggun peribadimu lembut bicara,
    Sehebat Mahsuri Srikandi bangsa,
    Setia dijunjung,
    Maruah dipelihara,
    Sumpah mu bukti kesucian...

    Puteri..
    Jangan kau alpa dan leka,
    Lupa mana langit dijunjung,
    Lupa mana bumi dipijak,
    Jangan seperti rama-rama,
    Sayapnya cantik namun rapuh..

    Puteri...
    Bangkitlah dari peraduan mu,
    Dewasa mu letaknya di minda..

    By:
    Nong Tuyundo
    Puteri UMNO Bahagian P.168
    Kota Marudu..

    ReplyDelete