Hentikan Persepsi Buruk Terhadap Puteri UMNO !
Ikuti wawancara wartawan mynewshub.my bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Ada mesej yang disampaikan oleh Ketua Puteri UMNO ini kepada adik-adiknya di seluruh negara. ‘Hentikan persepsi buruk terhadap Puteri UMNO’, katanya.
Mynewshub.my: Datuk telah mengetuai Pergerakan Puteri UMNO Malaysia selama tiga tahun. Apakah pencapaian yang telah Datuk bawa untuk Puteri di dalam tempoh ini? Bagaimana dengan program-program yang Puteri jalankan? Berhasil untuk rakyat?
Datuk Rosnah: Meskipun Puteri UMNO telah mengadakan pelbagai program termasuk sebanyak 16 program utama sepanjang tiga tahun ini, saya sebagai Ketua Puteri, masih rasa tidak puas hati dengan pencapaian Puteri. Pada saya, terlalu banyak ruang lagi yang perlu diperbaiki dan dilakukan untuk memberi impak yang kuat sebagaimana yang diharapkan untuk parti, seterusnya untuk Puteri UMNO itu sendiri.
Apa yang kita lihat, sebagai sebuah Pergerakan yang mewakili golongan muda, kita perlu berorientasikan kepada minat dan pendekatan kepada orang-orang muda sendiri. Tetapi, pada masa yang sama juga program-program yang dilaksanakan Puteri UMNO perlu menawarkan pengisian hidup di dalam menangani masalah yang dihadapi oleh golongan muda itu sendiri.
Puteri seharusnya mengekalkan platfomnya sebagai sebuah pergerakan yang melatih dan melahirkan golongan pemimpin muda yang baru. Saya rasa perkara ini amat penting.
Dalam masa tiga tahun ini, senario yang dilalui oleh kepimpinan UMNO yang lain, turut sama dialami oleh Puteri. Sebagaimana yang kita tahu, suasana sosio-politik yang belaku sekarang, tidak sama dengan apa yang berlaku sebelumnya. Politik hari ini lebih mencabar. Puteri UMNO sendiri berhadapan dengan pelbagai persepsi buruk dari pihak pembangkang. Ini memburukkan keadaan.
Oleh itu, Puteri UMNO sedar akan perlunya satu anjakan transformasi dari dalam Pergerakan itu sendiri bagi menangani persepsi buruk tersebut. Kepimpinan Puteri UMNO mengambil serius perkara ini dan enggan lagi membiarkan perkara ini terus berlaku.
Walau bagaimanapun, Puteri UMNO tidak akan melupakan peranannya yang menjadi teras utama dalam membantu parti. Sekiranya dinilai dari sudut peranan Puteri UMNO di dalam menghadapi pilihanraya, terutamanya 15 Pilihanraya Kecil (PRK), dua Pilihanraya Umum (PRU) pada tahun 2004 dan 2008, Puteri UMNO memberikan sumbangan yang signifikan dalam semua pilihanraya tersebut.
Antara sumbangan yang diberikan Puteri UMNO ketika pilihanraya boleh dinilai dari segi komitmen, gerak kerja jentera dan sebagainya. Ianya dilihat dan diiktiraf sangat membantu jentera Barisan Nasional (BN).
Puteri UMNO dari awal penubuhannya dahulu, sehingga sekarang masih merupakan produk baru sebagai salah satu sayap muda UMNO dan kami sebagai produk baru, masih lagi mempunyai keinginan yang kuat untuk terus memberikan yang terbaik terhadap parti.
Namun, melihat kepada usia Puteri UMNO yang ditubuhkan pada 10 Julai 2000, sudah berusia lebih sepuluh tahun, saya fikir sudah tiba masanya untuk kita melakukan usaha ‘rebranding’ (penjenamaan baru). Itulah yang saya maksudkan dengan agenda transformasi yang perlu dilakukan oleh Puteri UMNO. Bukan saja perubahan dari sudut kosmetik, juga perlukan pengisian yang segar, terkini dan spiritual.
Mynewshub.my: Dalam perancangan Puteri untuk suasana politik hari ini, apakah yang menjadi fokus utama Datuk? Adakah akan diterjemahkan dalam bentuk program dalam menzahirkan hala tuju Puteri? Bagaimana hasil program tersebut?
Datuk Rosnah: Memang kita ada banyak melaksanakan program, tetapi perlaksanaan program semata-mata tidak menjamin dapat menghasilkan kejayaan yang diharapkan. Ia perlu diisi dengan pelbagai pendekatan yang penuh pengisian dari pelbagai sudut seperti pengurusan, penyampaian, ilmiah, amalan dan sebagainya.
Namun, saya akui beberapa program tidak mencapai hasrat yang diingini dan diharapkan. Ini berlaku memandangkan kepada beberapa kekangan yang dihadapi oleh Puteri UMNO sendiri. Sebagai contohnya ialah kekangan kewangan.
Namun, Puteri UMNO Pusat meminta agar Ketua-Ketua Puteri di peringkat negeri dan bahagian agar menggunakan sumber yang ada untuk melaksanakan program untuk rakyat. Saya percaya, program-program ini tidak melibatkan kos yang besar, tapi kita minta agar impaknya memberikan kesan yang besar, terutamanya sekali golongan sasaran Puteri, golongan muda.Datuk Rosnah: Bukan begitu. Tidak ada sebarang masalah komunikasi atau kesulitan memberi arahan kepada Puteri UMNO Negeri. Kita bekerja sebagai sebuah keluarga yang besar, mengikut semangat berpasukan. Mengikut hierarki politik, kita memberi arahan dari peringkat atas kepada peringkat bawah mengikut saluran yang sepatutnya. Setelah arahan diberi oleh Puteri UMNO Pusat, Puteri di peringkat negeri perlu mengambil inisiatif dan pendekatan tersendiri dalam menyampaikan arahan tersebut ke peringkat bahagian dan sebagainya.
Namun, mungkin di atas beberapa kekangan tertentu, seperti yang saya katakan tadi, mungkin Puteri Negeri tidak dapat melaksanakan program-program yang diarahkan tersebut dengan sempurna.
Mynewshub.my: Seawal kemenangan Datuk sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia, ada suara-suara yang menyatakan bahawa kemenangan tipis sebanyak enam undi tersebut akan menyaksikan Datuk tidak mampu mengawal Puteri, apa komen Datuk?
Datuk Rosnah: Pada saya, sama ada saya menang enam ke, atau 600 undi ke, ia telah meletakkan diri saya untuk menyandang jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia. Saya terima mandat itu dengan rasa penuh tanggungjawab dan keinsafan. Menyedari dari pepecahan yang berlaku ketika pemilihan yang lalu agak serius sekali. Namun saya yakin setahun demi setahun, kita melihat pepecahan itu bukanlah sesuatu yang membelenggu Puteri. Saya melihat semua Puteri di pelbagai peringkat, sama ada peringkat Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan dapat menerima saya sebagai Ketua mereka.
Sebagai bukti, setiap kali saya memberi arahan kepada pemimpin Puteri di peringkat negeri, saya tidak pernah mengalami sebarang masalah dari mereka. Jelas sekali perkara ini menafikan dakwaan desas-desus yang mempertikaikan kepimpinan saya itu dibuat oleh seorang dua yang tidak boleh bekerja dalam satu pasukan.
Bagaimanapun, saya akui, masih ada seorang dua pemimpin Puteri yang masih tidak dapat menerima dan bekerja sebagai satu pasukan. Namun, pada saya tetap positif ke arah kerjasama yang erat sebagai sebuah keluarga yang bersatu padu di semua peringkat. Itu tidak jadi masalah kepada Pergerakan Puteri.
Mynewshub.my: Apakah komen Datuk mengenai keputusan Puteri yang memilih beberapa Ketua Puteri Negeri yang dilihat lemah dan kurang daya kepimpinan, misalnya di Kedah, yang dilihat seolah-olah lesu?
Datuk Rosnah: Biar saya jelaskan apa yang saya rasa mengenai perkara ini. Sekiranya saya dikatakan tidak menerima kepercayaan dari exco Puteri, itu tidak benar. Saya menerima sokongan dan kepercayaan penuh dari sebahagian besar exco-exco saya.
Sekiranya kita mengambil contoh di Kedah misalnya, sekiranya Ketua Puteri Kedah dilihat sebagai hilang kawalan terhadap kepimpinan negeri, saya rasa itu tidak tepat. Sebenarnya, saya tidak ada pilih kasih dalam hal ini. Sekiranya saya pilih seorang Ketua Puteri dengan mengambil kira satu golongan saja, ia akan menyebabkan satu golongan lagi yang kurang bersetuju enggan menerima perlantikan itu. Pada saya, saya telah memilih seorang Ketua Puteri yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan disenangi oleh kedua-dua belah pihak. Itu lebih menguntungkan Puteri, saya tidak memilih berdasarkan kepentingan peribadi.
Sekiranya dilihat dari sudut efektif atau tidak, saya rasa ia terpulang kepada usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh kepimpinan Puteri di negeri Kedah. Kita tidak menyangkal ada banyak perkara yang perlu diperbaiki, namun untuk memulakan sesuatu yang kita perlukan niat yang ikhlas. Niat itu kenalah betul dan tulus. Kemudian, insyaallah, perlaksanaan itu akan berlangsung dengan baik. Tapi kalau niat tak berapa betul, tentulah ia tidak akan menjadi sebagaimana yang dirancangkan, negatif.
Pada saya, semua pihak perlu melalui satu keadaan di mana semua perlu memainkan peranan dengan pro-aktif dan positif pada semua peringkat. Sekiranya sesuatu itu kurang efektif, kenal pasti dimana kelemahannya dan perbaiki di kawasan lemahnya. Saya telah tegaskan pada semua peringkat Puteri UMNO, sekiranya nak buat program, semuanya perlu ada perancangan yang menyeluruh dan tahu apa yang perlu dibuat, serta pastinya apa yang dibuat itu memberikan hasil yang diharapkan.
Kita tidak mahu terjadi lagi program-program ‘syok sendiri’, tidak ada sasaran, tak ada objektif. Kita tekankan kepada mereka bahawa strategi itu penting untuk menghasilkan program yang berkualiti, terutamanya di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Mynewshub.my: Ketika awal penubuhan Puteri UMNO dulu, Puteri mendapat tempat dihati mahasiswi-mahasiswi di institut pengajian tinggi (IPT). Berbanding sekarang, Puteri UMNO dilihat bagai ditolak oleh kebanyakan mahasiswi, apa komen Datuk?
Datuk Rosnah: Sebenarnya, itu adalah satu persepsi yang berjaya ditanam oleh pihak pembangkang mengenai gambaran dan senario di IPTA dan IPTS. Sebenarnya, kita mempunyai hubungan yang cukup erat dengan mahasiswi-mahasiswi di seluruh negara. Kita dapat sambutan yang hangat dan menggalakkan. Sudah banyak kali kita mengadakan program-program dengan mahasiswi-mahasiswi di semua IPT di seluruh negara. Saya tidak melihat penolakan, malah kita dialu-alukan.
Sebenarnya, kita ada perancangan lagi untuk melaksanakan program-program lanjutan bersama mahasiswi-mahasiswi melalui pelbagai pendekatan. Malah mereka meminta kita kalau boleh, Puteri membawa program-program yang bersifat kesihatan di tempat mereka. Kita memang dalam proses merangka program-program berkenaan.
Saya tidak melihat Puteri ditolak oleh mahasiswi-mahasiswi, dan sekiranya benar pun berlaku, saya rasa ia hanyalah sekadar persepsi tidak adil yang cuba dimainkan oleh pihak pembangkang untuk mengabui mata rakyat tentang keadaan sebenar. Namun, saya akui bahawa Puteri perlu mengambil pelbagai pendekatan baru untuk mengeratkan lagi hubungan Puteri UMNO dengan mahasiswi-mahasiswi kita.
Saya rasa, antara tugas berat Puteri kini adalah untuk menangkis pelbagai persepsi negatif yang selama ini telah dilontarkan kepada kami. Ini menjadi keutamaan kami. Persepsi buruk ini adalah tidak adil untuk Puteri.
Sebenarnya, kita berniat untuk menjadi sebahagian dari keluarga mahasiswi-mahasiswi ini. Dalam kata lain, kami mahu menghasilkan impak bahawa mereka boleh bergantung harap kepada kita untuk kebajikan dan masa depan mereka.
Kita mahu satu hubungan di mana kita tidak membawa masuk politik di dalam hubungan Puteri dan mahasiswi di universiti. Kita mahu jalin hubungan yang lebih erat dengan mereka melalui biro-biro yang kita ada, melalui program-program yang kita laksanakan, program kesukarelawanan yang dirancang, mewujudkan satu rangkaian yang positif, demi memanfaatkan kebajikan mereka. Itu khidmat Puteri kepada mereka. Itu pengisiannya.
Kita mahu mereka tahu dan sedar bahawa Puteri tidak mahu hubungan ini dikaitkan dengan agenda politik. Itu memang jelas. Kita cuma mahu hubungan rapat yang positif. Mungkin kita mampu melahirkan pemimpin pelapis untuk masa akan datang atau setidak-tidaknya seorang individu yang berkualiti selepas mereka tamatkan pengajian di universiti yang pernah didedahkan dengan pelbagai perkara positif dalam hidup mereka.
Mynewshub.my: Sehingga kini, apakah pandangan Datuk terhadap Puteri UMNO dibawah pimpinan Datuk sendiri?
Datuk Rosnah: Saya tak layak untuk memberi komen terhadap Puteri di bawah kepimpinan saya. Saya rasa saya tidak wajar untuk berbuat begitu. Namun, apa yang saya pasti, saya sentiasa memastikan agar Puteri UMNO memberikan yang terbaik kepada UMNO dan rakyat negara ini. Saya tidak mahu Puteri dilihat sebagai beban kepada parti. Puteri adalah satu aset yang penting untuk membantu parti untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Rasanya komitmen dan sumbangan Puteri tak perlu dipertikaikan.
Cuma saya minta, janganlah Puteri dipersalahkan ekoran kami kurang mendapat liputan dengan apa yang telah kami sumbangkan selama ini. Saya yakin dengan 340,000 orang ahli di 191 Bahagian Puteri di seluruh negara, akar umbi dan pimpinan Puteri semuanya benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab. Mereka tidak jemu-jemu melaksanakan pelbagai program dan mendekatkan diri dengan golongan muda, walaupun tidak mendapat liputan.
Janganlah hanya kerana kami tidak mempunyai mega-program yang gah dan besar-besar sebagaimana yang lain, kita dikatakan lesu. Saya rasa itu satu tuduhan yang tidak adil untuk dilemparkan kepada Puteri UMNO.
Puteri UMNO, dari peringkat kepimpinan Pusat hinggalah ke akar umbi tidak pernah jemu melakukan pendekatan terhadap golongan muda. Puteri sendiri pun adalah golongan muda yang punya hati dan perasaan yang perlu dihargai.
Ada dikalangan pemimpin Puteri dan ahli-ahlinya yang sanggup menjual kereta dan rumah untuk melaksanakan program-program Puteri dan memberi khidmat kepada masyarakat. Meskipun tidak mampu, mereka masih mempunyai semangat yang jitu untuk melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Mengapa jadi begitu? Kerana kita rasa tercabar ekoran Puteri UMNO dikatakan lesu dan tidak bermaya. Sesungguhnya, diperingkat akar umbi Puterilah yang memberikan sumbangan terbesar dan tunjang kepada kekuatan Puteri itu sendiri.
Dengan gadis-gadis pejuang Melayu di peringkat akar umbi inilah yang menunjukkan keupayaan Puteri. Siapa yang menafikan sumbangan mereka-mereka yang ikhlas ini?
Mynewshub.my:Mengapa Datuk berkata begitu?
Datuk Rosnah: Maafkan saya. Saya terpaksa luahkan hari ini. Selama ini saya tak pernah bercakap. Saya tak pernah meluahkan perkara ini. Namun saya rasa hari ini adalah penghujungnya. Saya perlu luahkan…
Hentikan segala persepsi buruk mengenai Puteri. Puteri harus bangkit menentang persepsi tidak adil ini. Tiada lagi Puteri yang hanya mendiamkan diri dengan persespi buruk yang ditohmahkan pada kami. Kami akan bangkit.
Politik sekarang yang saya faham mempunyai elemen yang diselubungi pelbagai persepsi. Perkara ini perlu kita perjelaskan sejelas-jelasnya. Ada perkara nyata yang berlaku kita tak perlu jelaskan. Namun, dengan persepsi dari sesetengah pihak, perkara ini dikelirukan. Saya sedih, ada pemimpin yang mendengar dari sebelah pihak saja. Saya fikir, keterbukaan itu perlu untuk mendengar dari kedua-dua belah pihak.
Mynewshub.my: Sehingga hari ini, adakah Datuk rasa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersedia menhadapi Pilihanraya Umum ke-13?
Datuk Rosnah: Ya. Puteri sudah bersedia, insyaallah. Persediaan kita dari segi jentera, dari segi pengkalan data kita, memang kita mulakan sejak awal lagi. Kita mendahului semua pergerakan yang lain dalam menubuhkan bilik gerakan. Tanggungjawab teras kita adalah mengendalikan sistem maklumat. Insyaallah, seluruh jentera kita yang mengendalikan sistem maklumat kita memang terlatih dan semua Ketua-Ketua Puteri Bahagian telah diberikan latihan bagaimana untuk mengetuai jentera pergerakan Puteri Bahagian masing-masing. Insyaallah. Sekiranya pucuk pimpinan kata ‘esok pilihanraya’, insyaallah, Puteri telah bersedia.
Sumber - ZAMZUKHAIRI NOORDIN (mynewshub.my)
Tidak Kira Siapa! Tindakan Akan Diambil!
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin atau ahlinya yang terlibat dengan salah laku moral, apatah lagi disabitkan bersalah oleh pihak mahkamah.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau akan membawa sebarang isu kesalahan tingkah laku, lebih-lebih lagi yang melibatkan kesalahan yang diputuskan oleh pihak mahkamah ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO sekiranya perlu.
“Kita tegas dalam menghadapi kerenah disiplin Puteri UMNO, tidak kira di peringkat kepimpinan negeri, bahagian atau cawangan, kita akan ambil tindakan.
“Tiada tolak ansur dalam isu salah laku atau moral, terutamanya pemimpin, mereka membawa imej Puteri dan kita tidak mahu imej Puteri dirosakkan dengan unsur-unsur tidak bermoral,” katanya yang ditemui di Parlimen, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Puteri tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah perundangan Malaysia dan memandang serius dengan kesalahan sedemikian.
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG: Usaha Murni Ahli Parlimen Papar, Puteri UMNO M'sia, Yayasan Pelajaran Mara & PPD, Papar
&
PENYERAHAN KUNCI RUMAH MESRA RAKYAT
DEWAN DATUK SALLEH SULONG, PAPAR
19 JUN 2011
ANJURAN:
PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT P. 175 PAPAR
DENGAN KERJASAMA
YAYASAN PELAJARAN MARA
PPD, PAPAR
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
DIRASMIKAN OLEH:
YB. DATUK ROSNAH HJ. ABDUL RASHID SHIRLIN
AHLI PARLIMEN P.175 PAPAR
MERANGKAP KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
Utusan Hina Islam ? PAS Melawak ?
PAS kini telah bertuankan Penzina dan menjadikan Peliwat sebagai panduan perjuangan mereka. Penguasaan Ulama sudah tidak lagi relevan ketika ini. Kekuatan PAS jelas telah semakin malap dibayangi oleh DAP dan PKR. Maka kini isu-isu remeh menjadi perhatian mereka untuk menarik perhatian rakyat bahawa PAS masih lagi relevan di dalam Pakatan Rakyat.
Zami Ismail Meninggal Dunia - Al Fatihah
Pelawak veteran Terkenal, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung. Allahyarham mendapat rawatan di IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
Dilaporkan, Jantung beliau berada di dalam keadaan yang lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehingga malam tadi (Sabtu).
Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.
Pakatan Rakyat Tidak BERSIH !!
BERSIH : Puteri UMNO Buat Laporan Polis
Berikutan hasrat pihak pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram BERSIH walaupun ditentang oleh ramai pihak, Puteri UMNO Selangor diketuai oleh Suhaila M Zin telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam Seksyen 9 pada Khamis lalu. Beliau telah menggesa pihak polis agar menghalang daripada perhimpunan BERSIH tersebut diadakan pada 9 Julai ini.