Tolak Bersih : Jangan Susahkan Warga Kota


Perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Ibu Kota bakal mengundang masalah kepada seluruh warga kota Kuala Lumpur. Perhimpunan anjuran pakatan pembangkang ini juga telah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang menentang demonstrasi jalanan.

Jika hanya mahu serahkan memorandum, kenapa perlu berkumpul sehingga beribu-ribu orang?

Mengapa warga kota Kuala Lumpur harus bersusah payah untuk pergi berkerja, menghantar anak-anak ke sekolah, dan beriadah bersama keluarga?

Rakyat yang bakal menjadi mangsa, sudah pastinya akan berlaku kesesakan jalan raya di sepanjang jalan masuk ke ibu kota pada hari tersebut.

Puteri harap agar pihak berkuasa dapat mengawal keadaan ketika perhimpunan itu nanti. Setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang pasti akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Puteri juga menyeru agar rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan ajakan pembangkang untuk berhimpun pada hari itu. Diharap juga agar para ibu dan bapa tidak membawa anak-anak mereka ketika perhimpunan tersebut dijalankan. Ini kerana Puteri risau jika ada sebarang kekecohan berlaku maka mungkin akan timbul suasana cemas yang bakal menyukarkan anak-anak kecil nanti.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia amat mementingkan keselamatan rakyat.

Bersama Kita Tolak Perhimpunan BERSIH !

1 comment:

  1. Tak perlukan satu perhimpunan yg boleh mendatangkan seribu satu macam masalah ... kes3lamatan dan kesejahteraan Rakyat di Utama kan...

    ReplyDelete