Pergerakan Puteri Umno Malaysia telah mengkritik penubuhan Kelab Isteri Taat yang dilihat hanya mementingkan nafsu semata-mata bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Ketua Puteri Umno Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata penubuhan kelab itu, yang kononnya bertujuan mengajar wanita menjadi setia dan menjalankan tanggungjawabnya kepada suami, adalah usaha sia-sia serta tidak sejajar dengan tuntutan Islam.
'Adakah dengan hanya pandai melayan suami di atas katil menjadikan rumah tangga bahagia dan adakah hanya isteri saja yang mesti pandai melayan suami, bagaimana pula dengan peranan suami di atas katil,' kata beliau.
Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed, telah menyatakan bahawa golongan isteri harus patuh dan melayan suami umpama seorang pelacus kelas pertama. Ahli Puteri UMNO mengkritik kenyataan tersebut. Seorang Wanita yang juga bergelar Isteri adalah tidak patut untuk disamakan atau dibandingkan dengan golongan pelacur kelas atasan. Kaum Wanita Malaysia mempunyai maruah, dan harga diri.
Sebagai seorang yang berpelajaran tinggi, seharusnya Naib Presiden Kelab Isteri Taat tersebut harus bijak dalam menilai sesuatu perkara, dan bukannya hanya pandai mengeluarkan kenyataan dengan melulu sahaja.
No comments:
Post a Comment