The 18th Asian Pacific Congress Of Cardiology

Opening Of
The 18th Asian Pacific Congress Of Cardiology


Date : 5th May 2011

Venue : Kuala Lumpur Convention Centre


Eskay Setuju ! Apa Jawapan Anwar ?




Datuk Husam Musa (AJK PAS Pusat) telah mencabar trio Datuk T untuk menjalani ujian poligraf bagi menentukan sama ada dakwaan trio bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks ketua pembangkang itu adalah benar ataupun tidak.

Beliau juga mencabar agar ujian tersebut dilakukan secara terbuka dan dihadiri oleh panel-panel pakar.

Berikutan daripada cabaran itu, Dato Eskay telah pun memberi keputusannya kepada KL pos hari ini. Beliau bersetuju untuk menjalani ujian poligraf itu dan meminta agar ianya dilakukan secara terbuka dan secara langsung dengan syarat, Dato Seri Anwar Ibrahim juga akan turut mengambil ujian poligraf tersebut. Dengan itu kebenaran dapat dibuktikan di hadapan rakyat tanpa sebarang keraguan lagi.

Kini hanya menunggu jawapan daripada Dato Seri Anwar Ibrahim, sama ada beliau berani ataupun tidak untuk menyahut cabaran Dato Eskay itu.

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan


YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin menghadiri Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan Tahun 2011. Bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS, Kampung Sri Batu, Kuala Lumpur.

Kehadiran beliau disambut oleh YBhg. Cik Nor Hazreena Binti Mohamad Hashim, Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu, YBhg. Cik Zauyah Zainuddin, Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Yahaya Mat Ghani, Ketua UMNO Bahagian Batu.

YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin juga telah melancarkan Jentera Pilihanraya Pergerakan Puteri UMNO Batu dan juga Pelancaran Kembara Pengundi Pergerakan Puteri UMNO WP di majlis tersebut.

Majlis Perasmian Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Simpang Renggam


YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Simpang Renggam Tahun 2011. Kehadiran beliau disambut oleh YB Datuk HJ. Abd Hamid B. Hj. Abd Rahman, Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam merangkap ADUN kawasan Macap.

Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagia Masjid Tanah


YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin menghadirkan diri di Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah Kali Kelapan (8) di Dewan JAPERUN Lendu, Melaka pada jam 2.00 Petang, Semalam.

Kehadiran beliau diiringi oleh YB Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop, Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Melaka dan juga YBhg Puan Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah.