Datuk Husam Musa (AJK PAS Pusat) telah mencabar trio Datuk T untuk menjalani ujian poligraf bagi menentukan sama ada dakwaan trio bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks ketua pembangkang itu adalah benar ataupun tidak.
Beliau juga mencabar agar ujian tersebut dilakukan secara terbuka dan dihadiri oleh panel-panel pakar.
Berikutan daripada cabaran itu, Dato Eskay telah pun memberi keputusannya kepada KL pos hari ini. Beliau bersetuju untuk menjalani ujian poligraf itu dan meminta agar ianya dilakukan secara terbuka dan secara langsung dengan syarat, Dato Seri Anwar Ibrahim juga akan turut mengambil ujian poligraf tersebut. Dengan itu kebenaran dapat dibuktikan di hadapan rakyat tanpa sebarang keraguan lagi.
Kini hanya menunggu jawapan daripada Dato Seri Anwar Ibrahim, sama ada beliau berani ataupun tidak untuk menyahut cabaran Dato Eskay itu.

No comments:
Post a Comment