Puteri Tidak Tempang - Datuk Rosnah




Pergerakan Puteri UMNO sedang menghadapi pelbagai dugaan dalam mengharungi cabaran sebagai salah satu jentera yang membantu Barisan Nasional. Di sebalik desakan "tutup kedai" dan pelbagai tuduhan liar yang menjadi igauan buruk buat Puteri, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Rashid Shirlin tidak berasa tercabar, sebaliknya beliau bangkit menyuarakan pertubuhan Puteri UMNO akan terus utuh untuk membantu kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam menghadapi PRU13.

"Saya akui terlalu banyak memandang serong kepada kekuatan dan kelembutan yang ada pada adik-adik saya (Puteri). Semuanya tidak benar kerana kami bekerja siang dan malam untuk pastikan Kerajaan BN terus menjadi pilihan rakyat."

"Mungkin gerak kerja yang saya laksanakan ini tidak sama dengan dua bekas ketua yang lalu, namun saya ada karakter sendiri untuk menyelesaikan misi yang belum selesai ini." Ujar Datuk Rosnah.

Pergerakan Puteri UMNO kini mempunyai ahli lebih daripada 300,000 orang dan bilangan ini mampu menumbangkan lawan, malah dapat membantu Barisan Nasional lebih kuat daripada biasa.

"Saya minta semua ahli bergabung tenaga dan tidak mudah dengar cakap yang bukan-bukan kerana ia boleh melemahkan semangat kita untuk berjuang. Jadi, saya mohon adik-adik saya bekerja seperti biasa tanpa ada sekatan daripada mana-mana pihak" Kata Datuk Rosnah lagi.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ketika ini berada dalam keadaan yang amat baik dan tidak ada apa yang perlu ahli puteri bimbangkan. Kita harus yakin kepada diri kita dan juga yakin kepada parti di bawah kepimpinan YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin. Kita harus mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal demi menyaingi barisan pejuang Barisan Nasional yang lain demi mematahkan segala cabaran daripada pihak pembangkang pada pilihanraya yang ke 13 nanti.

No comments:

Post a Comment