SELAMAT HARI IBU


Ibu
Ibu
Engkaulah Ratu Hatiku

Bila Ku Berduka

Engkau Hiburkan Selalu..



Tiada siapa yang tidak kenal dengan lirik lagu tersebut. Tidak salah rasanya jika dikatakan, seluruh ahli Puteri UMNO membesar dengan lagu itu. Pasti terbayang wajah ibu kita setiap kali mendengarnya.

Ibu, Ummi, Mak, Bonda, atau Mama.

Sedarkah kita semua betapa kita sebagai anak, kita terlalu mengambil kesempatan di atas peranan seorang ibu. Sejak dari kecil kita semua dimanjakan, dijaga, dibesarkan oleh seorang Ibu yang tidak pernah mengenal erti penat. Pernahkah kita membayangkan bagaimana seorang ibu mampu untuk membesarkan dan mendidik sehingga 5 atau 6 orang anak sepanjang hidupnya?


Ketika sedih kita mengadu pada ibu, ketika gembira kita beritahu ibu, ketika takut kita panggil ibu, ketika sakit, yang bimbang...ibu ketika buat salah, yang marah...ibu ketika nak makan, yang masak...ibu ketika nak duit, minta pada ibu, ketika nak kahwin, kita tunjuk si dia pada ibu..

Sudah menjadi kebiasaan setelah kita mula mempunyai keluarga dan pasangan masing-masing.

masa gembira dimana suamiku? pabila sedih kucari ibu masa berjaya raikan dengan suamiku pabila gagal kucerita pada ibu masa bahagia ku peluk suamiku pabila berduka ku peluk ibuku masa bercuti ku bawa suamiku pabila sibuk, hantar anak kerumah ibu pada hari kekasih, beli hadiah untuk suamiku pada hari ibu, telefon dan ucap selamat hari ibu
Seringkali kuingat suamiku Seringkali ibu ingat padaku bila-bila sahaja ku telefon suamiku entah bila hendak telefon ibuku

Maka sangatlah beruntungnya mereka yang masih mempunyai ibu. Beruntunglah kepada mereka yang masih mempunyai peluang untuk memanggil ibu. Bagaimana dengan mereka yang yatim piatu? tiada belaian seorang ibu sejak dari kecil? Sedarkah kita semua betapa pentingnya ibu kepada kita ketika dia masih berada bersama kita?

Biasa kita dengar ibu berpesan, setelah tamat belajar, bila sudah berkerja, janganlah lupa akan ibu. Tak banyak yang ibu minta, sekadar 50 ringgit sebulan jadilah. Tetapi setelah bekerja, pesan ibu sering dilupa, kawan-kawan yang dibelanja, bila gaji dah tak ada, ibu juga yang diminta.

Kini dah menjadi orang berada, jangankan 50, kalau 500 pun mampu nak bagi.

Tapi sayang, ibu sudah tiada lagi, air mata tak berguna lagi, apa yang hanya mampu diberi, hanyalah doa pengiring sejati.

Tugas seorang ibu bukanlah mudah. Ramai ahli puteri juga yang sudah menjadi ibu. Bersamalah menghargai ibu kita, ingatlah mereka sentiasa, jangan diabaikan mereka. Kenanglah ibu sementara masih ada. Insyaallah hidup akan diberkati oleh Allah SWT.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Seluruh Wanita di Malaysia.

No comments:

Post a Comment