Tolak Kepentingan Peribadi. Bersedia Untuk PRU13


Ahli Pergerakan Puteri UMNO disarankan agar mengenepikan segala agenda peribadi mereka dalam parti. Ini adalah masa untuk ahli Puteri semua bekerja keras dalam membantu Barisan Nasional mendapat sokongan padu daripada rakyat. PRU13 bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Kini negara sedang menghadapi pelbagai isu panas yang ditimbulkan pihak pembangkang. Rakyat sedang memerhati segala perkembangan semasa. Justeru itu ahli Puteri tidak boleh lalai dan leka. Puteri harus sedar bahawa tanpa Barisan Nasional, tiada Puteri UMNO. Jangan kita lupa usia Puteri UMNO masih muda berbanding dengan Pemuda dan Wanita UMNO. Seharusnya kita belajar daripada mereka, belajar menghayati semangat perjuangan UMNO.

Ahli Puteri UMNO tidak seharusnya mempunyai puak-puak yang berlainan. Kita semua sama, di bawah pentadbiran Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin. Adalah menjadi tanggungjawab ahli Puteri untuk bersama-sama beliau berusaha dalam membantu Barisan Nasional untuk meraih sokongan sebagai persediaan bagi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Apa gunanya kuasa? Apa gunanya pengikut setia jika tiada lagi Barisan Nasional? Tanpa Barisan Nasional, tiada lagi Puteri UMNO. Ahli Puteri semua diminta untuk bekerjasama dengan ketua puteri bahagian masing-masing. Bersama-sama merangka pelan untuk meraih sokongan rakyat. Beri seberapa banyak idea dan cadangan untuk merapatkan parti dengan rakyat. Perbanyakkan program-program mesra rakyat. Ini yang seharusnya dilakukan oleh kita semua.

Adakah Ahli Puteri semua masih leka? tidak sedarkah kita semua akan perkembangan negara sekarang yang amat membimbangkan? Baru sahaja semalam, berita mengenai usaha pembangkang ingin menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia! Apa yang patut kita semua buat? berdiam diri? Jangan disia-siakan pengorbanan datuk dan nenek kita dalam usaha mereka mendapatkan kemerdekaan dahulu. UMNO telah lama bertapak di Malaysia. Jangan sampai apabila tiada lagi UMNO baru kita mahu menyesal.

Tolaklah kepentingan peribadi anda semua. Puteri UMNO adalah salah satu jentera penting Barisan Nasional. Buktikan kemampuan kita semua. Bersatu Padu demi Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment