Tun Mahathir dimasukkan ke IJN pagi tadi untuk menerima rawatan Jangkitan Paru-Paru. Tun Mahathir yang didapati telah demam dan batuk sejak dua hari lalu, kini sedang menjalani rawatan suntikan antibiotik dan fisioterafi intensif dada. Beliau dijangka menjalani rawatan tersebut selama seminggu.
Ketika ini pihak doktor menyatakan beliau di dalam keadaan yang stabil dan memerlukan rehat yang secukupnya.
PuteriNews menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan Tun Mahathir agar cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
No comments:
Post a Comment