Anwar Bersihkan Stadium ?


Perhimpunan Bersih dibayangkan akan diadakan di stadium. Namun begitu penganjur mesti memohon kebenaran daripada pihak polis bagi menganjurkan perhimpunan tersebut.

Namun demikian, hanya persatuan atau pertubuhan berdaftar dengan ROS sahaja yang layak untuk menghantar permohonan.

BERSIH ?

Adakah bersih telah didaftarkan? Begitu ramai ahli-ahli yang berpelajaran tinggi di dalam BERSIH, namun, pertubuhan tersebut tetap tidak didaftarkan.

Mengapa tidak berdaftar? Adalah lebih mudah segala urusan jika melalui saluran yang betul dan berlandaskan undang-undang. Jika BERSIH tidak dapat untuk mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan...bagaimana yang dikatakan BERSIH mampu untuk mendapatkan keadilan untuk rakyat Malaysia?

Jika BERSIH kini berani untuk melanggar undang-undang yang telah ditetapkan untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira status dan kaum, apakah yang akan terjadi jika kebenaran diberikan kepada BERSIH kelak untuk mengadakan perhimpunannya?

Adakah BERSIH akan disertai oleh beribu-ribu anggota yang tidak gentar dengan undang-undang yang sedia ada?

Adakah BERSIH akan menggalakkan ahli-ahlinya untuk menentang undang-undang Kerajaan Malaysia demi kepuasan diri mereka semata-mata?

Jika BERSIH berani untuk menentang undang-undang, adalah tidak mustahil untuk mereka memulakan sebarang kekecohan yang bakal mengundang rusuhan. Maka ianya bakal menjadi satu beban kepada rakyat dan juga pihak Polis.

Nasihat Puteri, Jauhi diri anda dan keluarga anda daripada perhimpunan haram BERSIH.

No comments:

Post a Comment