Anwar Ibrahim Cedera Ditembak ?


Kehandalan pihak Polis dalam usaha untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia daripada diancam oleh Perhimpunan Haram Bersih telah membuahkan hasil. Rancangan para penentang kerajaan untuk menimbulkan suasana tegang telah pun gagal. Ambiga telah berjaya ditahan ketika beliau cuba untuk merusuh benteng pertahanan pihak polis ketika ingin ke Stadium Merdeka. Jelas para penganjur BERSIH bertindak untuk mencabar undang-undang di negara kita.

Akibat daripada kegagalan BERSIH pada hari ini, para penganjur perhimpunan haram tersebut sedang mencari alasan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa pihak polis bertindak kejam kepada mereka. Anwar Ibrahim yang jelas gentar dengan kuasa pihak berkuasa, tidak berani untuk keluar bersama-sama dengan para pengikutnya, malah beliau memilih untuk bersembunyi di Hotel KL Hilton. Kini beliau mendakwa dirinya telah dizalimi pihak polis. Beliau telah dikejarkan ke hospital Pantai kerana didakwa telah mengalami kecederaan serius akibat terkena SEMBURAN AIR daripada FRU.

Lihat sendiri lakonan yang sama telah diguna pakai oleh Anwar dalam meraih simpati rakyat disamping cubaan menutup kegagalan beliau dalam perhimpunan kali ini. Ini bukan kali pertama beliau menggunakan taktik sakit.

No comments:

Post a Comment