Terlebih Bijak atau Terlebih Bangang ?


Nampaknya Anwar Ibrahim semakin hilang punca, hilang arah, hilang pedoman, hilang cara untuk melepaskan diri dari segala tuduhan yang bertubi-tubi menyerangnya ketika ini.

Isu Video Seks Pelacur Cina menjadikan para ahli Pakatan Rakyat tidak senang duduk. Mereka juga tidak berapa menyenangi Anwar mengenai masalah Video Tersebut. Ketika barisan Pakatan Rakyat sedang sibuk membuat persiapan untuk pilihan raya kecil, Anwar Ibrahim sedang sibuk mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Penulis agak musykil, Jika Anwar sendiri mampu untuk berfikir jauh, menuduh video terbabit telah diubah menggunakan teknologi terkini, kenapa beliau menggunakan alasan Twitter sebagai alibi untuk dirinya?

Penulis rasa ramai yang pelik dengan alasan Anwar kali ini. Twitter dijadikan sebagai bukti bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian (Apartment). Malah beliau mengatakan kandungan twitter terbabit telah di "save" terlebih dahulu. Macam dah tau nak kena je...

Lagi pun, Twitter tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk alibi. Twitter ternyata boleh dipergunakan oleh orang lain. Mungkin orang lain yang update untuk Anwar?

Penulis rasa tak sepatutnya Anwar Ibrahim menggunakan Twitter sebagai bukti alibinya. Ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim ternyata tiada bukti lain untuk membuktikan bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian ketika itu. Penggunaan Twitter jelas menunjukkan Anwar Ibrahim semakin terdesak untuk menyelamatkan diri beliau sendiri.

Rakyat lebih bijak menilai mana yang palsu dan mana yang tulen.

Penulis harap perkara ini dapat dibawa ke mahkamah, dan para juri dapat menganalisis video terbabit sendiri.

Mahfuz Omar Dah Tak Betul ?


1. Mahfuz Omar cakap penubuhan Suruhanjaya adalah helah politik. 2. Dia menuduh Kerajaan sendiri tidak mempercayai pihak polis kerana penubuhan itu. 3. Pelik, orang yang memberitahu kegiatan buruk Anwar dikecam, sedangkan Anwar dibela?

Apa gilanya Pakatan Rakyat ni? Betul ke tidak fikiran si Mahfuz mahfiz ni? Dulu u all semua sibuk nak suruh Suruhanjaya masuk campur dalam semua kes yang ada. Sekarang ni pasal Anwar yang kena, Suruhanjaya dikatakan mengarut?

Tak percaya polis? siapa yang tak percaya ni? rasanya Anwar sendiri kata polis tak boleh dipercayai, polis tak amanah, ini negara polis. Jadi lagi elok tubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat, bila Suruhanjaya yang siasat baru u all semua nak percaya kan selama ini. So itu yang kita buat...PUN SALAH...

UlaAlamak PAS pun macam tu...bila libatkan Anwar, Kerajaan yang tak betul. Kerajaan yang jahat. Akai ada ke tok guru? Mana pergi pedoman tok guru? dah gugur ka?

Adil la sikit tok guru, kita siasat la dulu, Tok Guru juga kata, tak baik tuduh tanpa bukti, jadi bukti dah depan mata, kita siasat la kesasihanya..betul kan? .....TU PUN SALAH...

Tak apalah, harap pembaca yang lain lebih berakal daripada mereka ini semua yang berTOPENGKAN agama!

-GustiPut3-

Pertandingan Pemidato Wanita Muda Puteri UMNO


Satu pertandingan pidato akan dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Pertandingan terbuka kepada ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO negeri-negeri di Malaysia.

Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 2 orang peserta sahaja yang dipilih berdasarkan pertandingan yang dijalankan diperingkat negeri.

10 Pemidato terbaik akan dipilih untuk bersaing di Peringkat Akhir yang akan diadakan pada 16 dan 17 haribulan April 2011 bertempat di Dewan Tun Hussien Onn (A) PWTC.

Datuk Rosnah Menghadiri BN Youth Job Fair 2011 PWTC


MAJLIS PELANCARAN BN YOUTH JOB FAIR 2011

Majlis Anjuran Pemuda UMNO dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia di PWTC. Turut hadir menyokong program Pemuda UMNO ialah Yang Berhormat Datuk Rosnah, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.















Wajarkah Yusry KRU Dipanggil Untuk Membantu ?


Puteri bukan tak minat KRU. Siapa yang tak minat? Dalam Malaysia ni semua ahli puteri boleh dikatakan membesar dengan lagu-lagu KRU. Norman, Yusry dan Edry cukup sinonim dengan dunia hiburan tanah air kita.

Norman sendiri banyak membantu Puteri UMNO selama ini. Norman ada juga menghadiri memberikan sokongan kepada majlis-majlis, program-program Puteri UMNO walau di mana sahaja diadakan.

Yang paling membanggakan lagu rasmi Puteri UMNO juga adalah hasil ciptaan KRU sendiri. Terima Kasih kepada Norman, Yusry dan Edry.

Berbalik kepada isu Video Seks Anwar. Pihak polis mempertimbangkan untuk memanggil Yusry KRU untuk membantu siasatan dalam mengesahkan ketulenan video terbabit. Yusry sememangnya arif di dalam selok belok teknologi terbaru menghasilkan video. Filem terbaru KRU (MerongMahawangsa) kini sedang ditayangkan. Filem itu juga banyak menggunakan teknologi efek video yang terkini. Maka tidak hairanlah jika Yusry KRU dipanggil untuk mengesahkan jika Video Seks Anwar itu adalah palsu ataupun tulen.

Tetapi Puteri fikir adakah wajar Yusry KRU dipanggil pihak polis. Ini kerana Puteri memikirkan kemungkinan Yusry KRU adalah sumber berkepentingan bagi pihak Anwar Ibrahim. Hal ini kerana ketika Isu Krumania dahulu dimana KRU hampir diharamkan oleh Kerajaan, Anwar Ibrahim ketika masih di dalam jawatan, telah membantu KRU di dalam isu itu.

Puteri hanya sekadar menyatakan pendapat. Apa yang boleh puteri lakukan ialah menunggu jawapan daripada Yusry sendiri. Puteri rasa Norman sendiri yang akan membimbing Yusry dalam apa yang harus Yusry lakukan.

Semoga KRU sentiasa sihat, dan berjaya di dalam usaha mereka. Tahniah untuk MerongMahawangsa !

Hadi Awang tahu Anwar Bersalah !!


Hari ini, Kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang jelas menunjukkan betapa beliau sedar dan tahu akan pembabitan Anwar Ibrahim di dalam skandal Video Seks baru-baru ini adalah benar!

Katanya "Itu semua (cadangan penubuhan suruhanjaya diraja) ialah kenyataan yang mengarut selagi tak ada ketelusan dan tak ada keadilan. Tak betul tu. Bawa kes ini ke Mahkamah Syariah ikut perundangan Islam," katanya


Puteri UMNO hairan kenapa Hadi Awang tidak mahu suruhanjaya ditubuhkan. Puteri juga pasti bahawa Hadi Awang sendiri mengakui kebolehan suruhanjaya ini untuk menyiasat kesasihan video seks terbabit.

Puteri masih ingat ketika kes kematian Teoh Beng Hock, PAS menyalahkan kerajaan dan SPRM. Mereka mendakwa kematian Teoh adalah suatu pembunuhan kejam. Maka Dewan Pemuda Pas, Pemuda PR dan Hadi Awang sendiri telah menyuarakan agar Suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mendapatkan keadilan.

Bagi Puteri, jelas ini menunjukkan dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan bukanlah sesuatu yang mengarut.

Puteri rasa, Hadi Awang ni yang mengarut...dapat Puteri rasakan, seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan Hadi Awang ini.

Kita tunggu apa pula komen daripada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sendiri mengenai hal ini...

Apa kata Pakatan Rakyat jika Anwar Bersumpah ?


Dengan keadaan situasi yang agak huru hara untuk Anwar, beliau semakin terdesak untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah di atas tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Melihat kenyataan Ezam di Utusan Malaysia hari ini, dimana beliau menyatakan, Anwar Ibrahim sanggup bersumpah dengan menjunjung Al Quran untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Penulis terfikir, apakah reaksi Pakatan Rakyat jika hal bersumpah ini berlaku. Terutamanya kepada Parti PAS. Apakah reaksi mereka jika Anwar Ibrahim yang juga digelar Anugerah Tuhan kepada Malaysia ini sanggup untuk melakukan sumpah?

Penulis masih ingat akan kes ketika Saiful ingin melakukan sumpah. Parti PAS seperti biasa sebagai pembangkang akan bangkang segalanya. Bermacam-macam fakta, fatwa, hadis dikeluarkan bagi mengutuk tindakan Saiful untuk bersumpah bagi mempertahankan kebenaran beliau.

Malah Tuan Guru Hadi Awang sendiri memberi kenyataan bahawa bersumpah untuk mempertahankan kebenaran adalah satu perkara yang bodoh bagi umat islam.

Oleh sebab itu, jika Anwar Ibrahim bertindak untuk melakukan sumpah menegakkan kebenarannya, maka ini juga adalah salah satu tindakan yang bakal memakan dirinya sendiri.

Pakatan Rakyat Komplot Menjatuhkan Anwar ?


Nampaknya barisan kepimpinan Pakatan Rakyat sedang bersorak gembira dalam senyap dengan segala isu yang timbul sejak kebelakangan ini. Rakan-rakan penulis yang merupakan antara ahli PR juga banyak menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap isu panas pemimpin mereka ini.

Walaupun tidak bersuara, tetapi mereka tetap merasakan sangsi dengan situasi Anwar Ibrahim ini dimana terlalu banyak isu panas yang didedahkan.

Bagi setiap kes, ada sahaja dolak-dalik Anwar, ada sahaja alasan, dan ada sahaja fitnah yang dihamburkan kepada pihak Kerajaan oleh beliau. Malah menurut rakan penulis, ramai diantara ahli PR mula tidak yakin kepada Anwar kerana mereka melihat sendiri wajah Wan Azizah dalam menghadapi setiap isu panas ini.

Kata mereka " Muka memang jelas nampak kantoi kak..masa conference hari itu, nampak sangat dia tak yakin dengan Anwar! "

Hal ini yang membuatkan ramai ahli PR semakin sangsi dengan kredibiliti Anwar Ibrahim. Malah segala tindakkan Anwar mula menampakkan beliau semakin terdesak. Segalanya dibuat di dalam keadaan tidak terancang, kelam kabut, nak cepat je..

Ada juga sumber yang mengatakan, setelah Wan Azizah memastikan sendiri kesasihan video itu, hasrat Wan Azizah untuk meminta cerai semakin membara. Malah rakan-rakan penulis juga menyatakan mereka akan menyokong Wan Azizah jika beliau bertindak sedemikian.

Nampaknya Pakatan Rakyat sedang mengambil peluang melalui situasi Anwar Ibrahim kini. Jika Anwar disabitkan kesalahan, dan dipenjara di atas tuduhan meliwat, maka tiada lagi sindrom Anwar Ibrahim di dalam parti. Maka mereka akan melantik seseorang yang lebih berkelayakan, lebih berkemampuan untuk menerajui Pakatan Rakyat.

Lihat sahaja komen-komen daripada rakan-rakan Anwar mengenai isu Video Seks. Semuanya hanya komen-komen hambar. Seperti tidak berapa nak kisah. Ini yang membuatkan Anwar Ibrahim semakin takut dan terdesak. Jika rakan-rakan beliau tidak membantunya maka Anwar sendiri sudah pasti mengetahui apa yang menunggunya di masa hadapan..

Masa untuk Anwar Ibrahim sudah TAMAT !

Harapan Ke Putrajaya ? Tinggal Harapan...


Pasti kini penyokong-penyokong Anwar malah Anwar sendiri berperasaan menyesal tak sudah setelah mendengar keputusan Mahkamah hari ini. Setelah mendengar keterangan Pegawai Penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira yang membuktikan penahanan Anwar Ibrahim pada 17 Julai 2008 lalu adalah sah di sisi undang-undang, maka Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahan bukti DNA yang diperolehi (Berus gigi, Tuala Good Morning dan Botol Air Mineral) adalah sah di sisi undang-undang. Pakar Kimia Nor Aidora dan Pakar Forensik Amidon Anan akan dipanggil semula untuk memberi keterangan kepada mahkamah.

Kini peluang untuk Anwar membuktikan dirinya tidak bersalah telah hancur luluh. Jika Anwar bertindak berani terlebih dahulu, dengan memberi DNA beliau kepada Mahkamah, mungkin kini Anwar dan pengikutnya boleh terus berarak menuju ke Putrajaya. Tetapi kerana kebacolan beliau, kini Anwar tidak dapat lari lagi daripada DNA nya dibandingkan semula.

Tidak perlu lagi Isu Video Seks, itu tidak penting...

Berita terbaru, Anwar Ibrahim sedang sibuk mengadakan demonstrasi bersama pengikutnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam ini. Mari kita lihat apa lagi helahnya kali ini?

Antara Video dan Dun Sarawak Bubar ?


Penulis banyak mendapat feedback daripada penyokong tegar Anwar yang mempertikaikan kenapa video tersebut dipaparkan pada hari yang sama Dun Sarawak dibubarkan.

Kenapa perlu kaitkan video dengan Dun Sarawak Bubar? mungkin kerana mereka ingin mencari alasan bagi mempersoalkan kesasihan video tersebut. Jadi pihak Kerajaan yang dipersalahkan.

Kenapa kaitkan dengan Dun Sarawak? nak dapat undi simpati ke daripada rakyat Sarawak? Kalaupun teori mereka ini diterima, persoalannya adakah video itu tidak benar? bukan Anwar ke dalam video tu? ianya tetap Anwar..

Alasan seterusnya, Superimpose...fuhh memang hebat kalau video tersebut dapat di superimpose dengan 100% sempurna tanpa kecacatan. Siapa yang buat video itu sepatutnya menggunakan bakatnya untuk buat filem. Pasti berjaya!

Apa ingat senang ke nak buat superimpose yang perfect? malah bagi superimpose video yang terhebat pun tetap ada kecacatan, dan ianya boleh dipastikan oleh pakar dalam bidang itu. Malah kita sendiri sebagai penonton juga pasti dapat melihat sedikit kelainan atau ketidaksempurnaan di dalam sesuatu video yang di superimpose.

Diharap penyokong Anwar, berhentilah daripada memperbodohkan diri sendiri. Kita tunggu sahaja lagi beberapa hari. Mungkin kes ini akan ke mahkamah, dan biar pakar yang menentukan kesasihan video tersebut. Penulis yakin 110% Anwar lah yang merupakan lelaki itu !

Simpati Terhadap Wan Azizah


Negara kini sedang hangat memperkatakan isu Video Seks Anwar Ibrahim. Pendedahan video tersebut kepada media oleh Mr T amat mengejutkan seluruh pihak.

Penulis terfikir, bagaimana Wan Azizah dapat menerima situasi ini? Tidak penulis nafikan, Wan Azizah boleh digelar sebagai seorang wanita yang tabah dan penyabar dalam menghadapi karenah suaminya. Daripada pengkhianatan, kepada liwat Saiful, kemudian adengan seks dengan pelacur cina.

Sampai bila Wan Azizah boleh menipu dirinya? sampai bila Wan Azizah dapat berlakon yang suaminya benar-benar tidak bersalah? Sedangkan kita semua tahu akan cara kehidupan suaminya. Kini video yang jelas dan nyata wajah suaminya melakukan kecurangan terhadapnya, masih mampu untuk menipu diri?

Wan Azizah adalah seorang wanita yang layak menerima seorang suami yang lebih baik daripada Anwar Ibrahim. Sampai bila ingin menderita sebegini? sampai bila ingin bersubahat dalam segala agenda buruk Anwar? malah bukan sahaja diri Wan Azizah sendiri, malah anaknya sendiri tidak terlepas, dipergunakan Anwar Ibrahim bagi kepentingan peribadinya.

Sudah tiba masanya Wan Azizah bertindak ke atas kecurangan suaminya! Kita golongan Wanita harus menjaga maruah diri ! Jangan kita dipergunakan seperti patung!

Syabas Puteri UMNO Subang !


Puteri UMNO bahagian Subang hari ini menjadi tajuk akhbar Berita Harian. Syabas kepada ahli-ahli Puteri UMNO yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat di Subang. Dengan diketuai oleh Puan Herni Azura Ghafar, pelbagai program telah dijalankan dan banyak lagi yang akan menyusul.

"Kami mahu menarik minat golongan ini supaya mengundi kami dengan rela hati pada pilihan raya umum yang akan datang." Katanya.

Ketua Puteri UMNO Subang ini juga mengambil inisiatif untuk mendekatkan diri dengan golongan belia di kawasannya. Beliau sedar akan kepentingan mendapatkan sokongan para golongan belia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Matlamat utama mereka ialah ingin merampas kembali kawasan Subang daripada pihak pembangkang. Penulis amat berbangga dengan usaha yang mereka tunjukkan. Ini akan menjadi pembakar semangat kami untuk lebih berusaha demi mencapai matlamat kami.

Bersatu padulah wahai Puteri-puteri
kepentingan peribadi harap dilupakan
masa depan bangsa dan negara jangan digadaikan

Isu DNA jangan Dilupa !!


Isu Video kena tau juga, tapi jangan sampai isu DNA dilupa. Hari Rabu ini merupakan hari keputusan samaada Anwar Ibrahim akan diarahkan untuk serah DNA nya untuk dibandingkan.

Hanya tinggal beberapa hari untuk isu DNA, secara tiba-tiba isu Video Seks pula timbul. Timbul juga rasa keraguan di hati penulis, manalah tau ini semua hanyalah taktik untuk rakyat melupakan isu DNA.

Anwar Ibrahim memang terkenal dengan otak putar belit alamnya. Dia memang seorang yang genius di dalam bab menyelamatkan diri mengikut keadaan. Mungkin juga ini merupakan salah satu gameplan dia agar orang lupa mengenai DNA.

Tetapi penulis akan tetap mengingatkan para ahli pergerakan agar jangan leka. Kita sokong dengan desakan agar Anwar Ibrahim menyerahkan DNA nya.

Pujaan hati Anwar, Azmin Ali menyuruh agar DNA tidak diberikan kerana tiada alasan kukuh. Pelik sungguh, habis tu dengan sampel air mani Mr Y yang dapat daripada Saiful, yang mana Saiful dakwa Anwar meliwatnya itu bukan satu alasan kukuh ke?

Lain la kalau Saiful kata Nik Aziz liwat dia, lepas tu Anwar yang kena bagi DNA, itu baru alasan tak kukuh...

Kita akan lihat hari Rabu ini, apa lagi sandiwara yang bakal dipentaskan oleh Anwar Ibrahim!

Aksi ANWAR dan Gadis Cina Dibongkar !


Pihak Media dikejutkan oleh satu rakaman media yang telah dipaparkan kepada mereka di Hotel Sri Carcosa, Ibu Negara pagi tadi. Rakaman itu yang jelas menunjukkan aksi perlakuan seks antara pemimpin tersebut dengan seorang gadis muda berbangsa Cina.

Pihak yang bertanggungjawab ke atas pendedahan video tersebut menyatakan mereka memberi tempoh seminggu untuk Pemimpin Pembangkang itu meletak jawatan jika tidak mahu video itu dipaparkan kepada umum.

Penulis juga bakal mendapat satu salinan video tersebut hasil ikhsan rakan yang terlibat di dalam pendedahan tersebut. Penulis akan paparkan video itu dengan secepat mungkin di blog ini setelah menerimanya nanti.

Ada desas desus yang terkeluar mengatakan ianya adalah Mr Y itu sendiri. Nampaknya kita akan ketahui perkara sebenarnya tidak lama lagi..

Tunggu !


Tahniah Datin Seri Rosmah Mansur



Sekali lagi golongan wanita telah mencipta sejarah. Ucapan Tahniah daripada kami Pergerakan Puteri UMNO Malaysia kepada Datin Seri Rosmah Mansur di atas penghargaan Anugerah Kehormat Persekutuan Antarabangsa Perubatan Sukan dan Latihan (FIMS) yang telah disampaikan oleh DrFabio Pigozzi sebagai pengiktirafan jasa beliau dalam mempromosi banyak aktiviti sukan serta menyokong badan-badan sukan di negara ini.

Pergerakan Puteri UMNO sentiasa menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai Ikon Wanita yang banyak memberi inspirasi kepada perjuangan Puteri UMNO. Kebijaksanaan, Ketabahan, Kesetiaan, dan Kegigihan Datin Seri Rosmah dalam memartabatkan golongan Wanita amat kami hargai.


Takziah dari Puteri UMNO Malaysia


Ucapan Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Diraja Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di atas kemangkatan Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah pada jam 1.07 pagi tadi di Pusat Rawatan Seri Kota, Klang, Selangor.

Kami ahli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berharap agar keluarga Diraja tabah dalam menghadapi dugaan Allah SWT ini. Marilah kita semua rakyat mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atasnya.

Al-Fatihah

Lepas JUDI sekarang giliran Saman Ekor


PAS sekali lagi dengan angkuhnya memberitahu para penyokongnya, jika PAS berjaya menggantikan Barisan Nasional maka Saman Ekor akan dihapuskan. Hadi Awang berucap di satu perhimpunan di Jertih semalam.

PAS memang terkenal dengan percakapan besar mereka. Di hadapan penyokong melayu mereka berlagak berani, gagah memperjuangkan parti mereka. Janji itu, janji ini.

Tetapi di barisan orang bukan beragama islam, mereka takut, bimbang akan kehilangan pengaruh. Kenapa? Pasal mereka (Bukan beragama islam) tidak bertindak mengikut emosi. Lagi pula dengan parti yang mahukan hukum hudud dijalankan di Malaysia. Lagi la mereka takut..

Baru Karpal gertak sikit, dah goyang..Judi dah boleh dah kat Kelantan. Macam mana nak perintah Malaysia?

Pemuda Pas Kelantan pun sokong je keputusan tu. Penyokong ni memang kerjanya ikut je, betul ke salah ke tolak tepi, janji sokong PAS dapat tiket masuk syurga.

Kalau orang jenis inilah dibenarkan memerintah negara kita, alamatnya dengan pantas negara akan tergadai, dengan senang negara akan diserang dari segenap segi oleh negara luar, terutamanya seperti Singapura yang sedang mencari peluang agar kita leka.

Baru gertak dah takut, belum lagi ditunjukkan duit berbillion ringgit depan mata. Agaknya terus tukar agama kot..

Karpal Ketua Ulama Kelantan ?

Tahniah penulis ucapkan kepada barisan kepimpinan Parti Islam PAS kerana berjaya menegakkan perjuangan jihad di Kelantan. Kini mereka bakal menerima seorang lagi tokoh yang lebih hebat daripada Tuan Guru Nik Aziz.

Hanya tokoh ini yang berjaya menggoyahkan pedoman, pendirian tok guru kesayangan PAS ini. Selama ini, segala tutur kata, segala pendapat, segala pendirian malah segala fatwa daripada Tuan Guru tak mungkin dapat ditandingi oleh mana-mana pihak.

Dia Ulama !

Jangan menghina Ulama kami !

Berdosa besar membantah fatwa Ulama !

Haram hukumnya tak ikut PAS!

Syurga bagi sesiapa yang mengundi PAS !

PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS !

Kami ada Serambi Mekah !

Pendirian kami tetap ! Judi tak boleh ! Kami akan perjuangkan perkara ini !


Hari ini...Karpal Singh telah berjaya melembutkan hati Tuan Guru Nik Aziz dalam isu Judi. Nampaknya Karpal juga bakal dinobatkan sebagai salah seorang Ulama di kalangan pengikut PAS. Jelas sekali kehebatannya mempengaruhi Nik Aziz..

Karpal kata : Pok Nik, jangan cabar saya! kalau buat salah ikut Undang-undang Persekutuan..saya tentang habis-habisan !

Tuan Guru Nik Aziz : Eh tokmoh la camtu...kita damai la..nanti kita bincang dengan hadi mana lah tau boleh kot dapat fatwa kasi halal kat Kelantan jee..senyap-senyap sudah...

Hadi : Btui tu..kita toksah lawan undang persekutuan, nanti DAP marah...keluar Pakatan nanti, kita semua susah...

Penulis : Eh..bukan undang persekutuan tak boleh ikut ke? Undang Hudud je boleh pok nik..

Tuan Guru Nik Aziz : Takpe..jangan kita heboh..pengikut kita pun ikut je selama ni...kita rekalah fatwa satu...habis cerita...

Penyokong PAS : Susah sangat pok nik..Kito Bakor jeee!!




Ketua Puteri UMNO : Tolak Kepimpinan Pembangkang


KUALA LUMPUR, 17 Mac - Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin menasihatkan pengundi di Sarawak dan Sabah agar menolak kepimpinan pakatan pembangkang yang jelas tidak lagi relevan dan konsisten. "Buktinya jelas, apa yang berlaku di Semenanjung (pilihan raya kecil) adalah contoh dan signal yang begitu jelas bahawa mereka ini ditolak, bukan disebabkan orang lain, tapi pakatan itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini, Khamis.

Beliau berkata parti komponen di dalam pakatan pembangkang mempunyai objektif berbeza antara satu sama lain dan hanya akan menimbulkan masalah apabila memimpin kelak. Rosnah yang juta timbalan menteri kesihatan memberikan contoh objektif PAS adalah untuk menubuhkan negara Islam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyelamatkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP pula menubuhkan negara mengikut acuan parti itu sendiri. Komponen pakatan pembangkang umpama 'tidur sebantal, mimpi lain-lain', katanya. Rosnah juga berkata Puteri Umno sedang berusaha menambahkan keahlian pergerakan itu melalui pelbagai program yang diadakan. -- BERNAMA

Aik? Marah...Jangan Marah..Nanti Kena Jual...


Kadang-kadang perbuatan kita terhadap seseorang yang boleh menyakitkan hati tak kita sedari. Perasaannya seperti kita yang berkuasa, tak perlu peduli apa orang itu rasa..Janji kita puas hati.

Tapi bila perkara yang sama berlaku pada diri sendiri, kita tau pulak nak melenting..baru tahu macammana rasa berada di pihak yang satu lagi...

Macam yang terjadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau boleh digelar Bapa Demonstrasi Malaysia. Begitu gah dia menyatakan ini adalah demi kebebasan suara rakyat !, mereka berhak bersuara ! Inilah cara untuk menyuarakan apa yang rakyat mahukan !

Kini...inilah suara rakyat ! Mereka mahukan penjelasan Anwar Ibrahim dalam tuntutan DNA nya kepada pihak mahkamah demi membuktikan dia tidak bersalah. Tetapi Anwar Ibrahim pula yang mengutuk demonstrasi itu. Diminta pula hentikan segala demonstrasi terhadapnya pula..

Kenapa Datuk Seri...takut ke?.. kata mahukan kebenaran? buktikan kepada rakyat bahawa kebenaran adalah milik Datuk Seri...

Puteri UMNO harus bersatu !




Dahulu ketika permulaan pertubuhan Pergerakan Puteri UMNO, kita dapat lihat semangat daripada ahli-ahli pergerakan amat tinggi. Ketika itu dapat diperhatikan di mata mereka, semangat perjuangan untuk membantu UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.

Sebagai orang lama dalam pergerakan, saya dapat melihat betapa sucinya ahli-ahli pergerakan yang mula-mula menyertai Puteri UMNO. Jelas ketika itu, tiada isu perebutan kuasa, tiada isu dengki - mendengki, tiada isu kepentingan peribadi. Hanya bagaimana cara hendak memastikan Puteri UMNO diterima oleh rakyat Malaysia.

Kini, ramai daripada mereka telah banyak membanggakan pergerakan. Jika dari dulu mereka hanyalah ahli biasa, yang dilatih dengan pelbagai program bagi menyediakan diri mereka untuk menghadapi karenah politik. Kini ada yang sudah menjadi Ketua Bahagian, Wakil Rakyat, dan sebagainya.

Pergerakan pernah diuji ketika pemilihan Ketua Puteri UMNO yang kedua dimana kita menghadapi masalah ahli-ahli yang bersikap berpuak-puak. Ketika itu boleh dikatakan terdapat 6 puak utama yang inginkan kuasa sebagai Ketua Puteri UMNO. Pelbagai cara digunakan mereka demi kepentingan masing-masing. Penulis ketika itu dapat melihat perpecahan yang ketara diantara ahli-ahli pergerakan. Ada yang sanggup memfitnah, mengugut, menyerang dan macam-macam lagi.

Penulis amat sedih melihat perpecahan ini. Beginikah Puteri UMNO yang dahulunya ibarat kain putih, suci tanpa warna-warna gelap mengotorinya..tetapi kini, akibat tamakkan kuasa, wang, pengaruh, mereka sanggup menggadaikan perjuangan utama pergerakan ketika Mula-mula Puteri UMNO ditubuhkan.

Setiap kali penulis bersendirian, lagu Puteri UMNO akan penulis mainkan di komputer. Bait-bait lirik di dalam lagu itu jelas menaikkan semangat penulis. Terbayang ketika lagu itu pertama kali didengarkan di dalam dewan yang penuh dengan ahli pergerakan. Tepukan gemuruh, malah ada yang menitiskan air mata kerana bangga dengan Puteri UMNO.

Marilah wahai ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO, kita ingat kembali tujuan utama kita di sini..kita kembali kepada niat utama kita, Marilah kita bersama-sama buangkan sifat tamakkan kuasa, wang dan pengaruh itu. Bersatulah wahai puteri-puteri tercinta, bersatulah di bawah kepimpinan Ketua Puteri UMNO yang kita sayangi YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Bersama beliau marilah kembali ke perjuangan asal kita!

Kamilah Puteri Perwaris Bangsa dan Negara!
Rela untuk berkorban harta dan nyawa..
Demi agama, bangsa dan negara ..
PUTERI UMNO terus mara !!!

Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia


Hari ini. Puteri UMNO telah mengadakan Soft Launch Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011 di Ampang Sports Planet. Kejohanan ini dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di bawah penyelarasan Biro Sukan dan Kecergasan.

Kejohanan berprestij ini telah dilancarkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Berikut adalah maklumat kejohanan :

Tarikh : 30hb April, 1hb Mei & 2hb Mei 2011
Tempat : Kompleks Futsal Putrajaya, Presint 18, Putrajaya

Penyertaan adalah terbuka kepada Wanita warganegara dan seluruh pasukan di Malaysia sahaja. Hadiah yang ditawarkan adalah lumayan iaitu :

Juara: RM8,000-00 + Piala + Medal
Naib Juara: RM5,000-00 + Medal
Ketiga: RM3,000-00 + Medal
Keempat: RM1,000-00 + Medal
Kelima - Kelapan: RM500-00
Kesembilan - Keenambelas : RM300-00

Yuran Penyertaan adalah seperti berikut :

Ahli Puteri - RM150-00 ( Tanpa Penginapan )
- RM250-00 ( Dengan Penginapan )

Bukan Ahli - RM250-00 ( Tanpa Penginapan )
- RM350-00 ( Dengan Penginapan )

Sesiapa yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh mendapatkan borang penyertaan melalui



2. Hubungi atau hadir ke Urusetia Kejohanan di Pejabat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Suite 2, Aras 5, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4041 3900 Faks : 03-4041 7339

3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di atas atau email (admin@puteriumno.my / faks : 03-4041 3779 beserta bukti pembayaran.


Marilah bersama memeriahkan lagi kejohanan ini !

Puteri UMNO Terkilan...Maafkan Kami..


Dunia telah dikejutkan dengan berita bencana alam yang berlaku ke atas rakan negara kita iaitu Jepun. Walaupun ahli-ahli Puteri UMNO mempunyai pengalaman dalam membantu mangsa-mangsa Tsunami di Acheh pada tahun 2004, tetapi niat murni Ketua Puteri UMNO, YB Datuk Rosnah serta para-para sukarelawan Puteri UMNO untuk membantu mangsa-mangsa Tsunami di Jepun tidak kesampaian.

Pelan bantuan kemanusiaan di Jepun telah pun dirangka oleh kami, namun akibat krisis letupan kilang nuklear yang berpunca daripada tsunami tersebut, maka sebagai Ketua Puteri UMNO dan juga merupakan Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah terpaksa membatalkan rancangan bantuan kemanusiaan. Keselamatan dan kesihatan ahli Puteri UMNO juga harus diambil kira.

Krisis penyebaran pancaran radiasi nuklear akibat letupan berterusan di kilang Fukushima semakin menjadikan sebarang usaha bantuan kemanusiaan adalah mustahil pada masa ini. Malah pihak negara Jepun sendiri tidak memberi keizinan untuk Malaysia menghantar sebarang bantuan kerana bimbang akan keadaan keselamatan di negara mereka.

Puteri UMNO sentiasa memantau keadaan di Jepun, dan akan sentiasa menyokong pihak kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kami sentiasa bersedia jika pihak kerajaan memerlukan bantuan dari pihak Puteri UMNO di dalam usaha bantuan kemanusiaan di Jepun. Kami Prihatin !

Ketua Puteri UMNO : Buktikan Tuduhan Berniat Jahat !

KENYATAAN AKHBAR KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO, YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN MENDESAK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM MENJALANI UJIAN DNA

Pergerakan Puteri UMNO menyertai pelbagai pihak mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani ujian DNA dan memberikan sampel ujian tersebut kepada mahkamah bagi mengangkat keadilan yang selama ini didakwa oleh beliau tidak memihak kepadanya.

Jika Anwar benar-benar ikhlas dalam perjuangannya yang selama ini disifatkannya bertunjangkan `keadilan’, maka inilah masa serta peluang yang terbaik untuk beliau membuktikan bahawa beliau benar-benar tidak bersalah dan tuduhan liwat ke atas beliau sememangnya berniat jahat.

Sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati oleh para pengikutnya (biarpun jumlah yang datang memberi sokongan sangat sedikit berbanding perbicaraan pertama), Anwar sepatutnya menyahut permohonan pihak pendakwaan kepada mahkamah supaya beliau memberikan sampel tersebut bagi tujuan ujian profil DNA.

Pergerakan Puteri UMNO yakin bahawa Anwar mahu membersihkan namanya daripada tuduhan liwat ke atas Saiful Bahari dan hanya dengan menyerahkan sampel DNAnya, nama baik serta imej beliau dapat dibersihkan terutamanya jika Anwar benar-benar yakin bahawa beliau tidak bersalah.

Agak pelik apabila Anwar berdiam diri berhubung desakan tersebut sedangkan barisan peguamnya yang hebat seolah-olah berasa bangga dan telah beroleh kemenangan apabila mahkamah menolak sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang diambil dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat IPK Kuala Lumpur sebagai bukti kerana kesemua barangan itu diambil bagi tujuan mendapatkan profil DNA diperoleh dengan cara yang tidak sah.

Sindrom berdiam diri berhubung desakan tersebut mesti diperjelaskan kerana ia memberi gambaran bahawa Anwar bukan sahaja tidak mahu memberikan kerjasama bagi melancarkan perjalanan kes liwat beliau, malah beliau adalah seorang pengecut dan tidak berani berhadapan dengan kebenaran sedangkan beliau sepatutnya bertindak `berani kerana benar’ dan bukannya, `takut kerana salah’.

Sekian, terima kasih

YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN

KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Sekali Pengikut Anwar Ibrahim laaa....


Namewee dikatakan telah pun mendaftar sebagai ahli PKR. Dia juga dikatakan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai idolanya. Ini berikutan bagi Namewee, Anwar Ibrahim dianggapnya tidak bersalah. Mengikut sumber-sumber yang didapati, Namewee menganggap idolanya itu seperti salah seorang ahli politik di Taiwan dimana kononnya ahli politik itu juga turut difitnah kerajaan Taiwan dengan skandal seks songsang.

Penulis dapat rasakan, pihak pembangkang telah mengetahui akan situasi ini, justeru itu tidak hairanlah jika pucuk pimpinan pihak pembangkang tidak kisah akan penghinaan Namewee kepada agama Islam. Malah jika dilihat tiada sebarang komen atau serangan terhadap isu ini daripada pihak pembangkang.

Demi kepentingan politik mereka, yang telah tertera di depan mata tidak dihiraukan. Demi menjaga hati rakan-rakan politik mereka, yang salah tak dipedulikan.

Padahal, inilah sepatutnya yang mereka perjuangkan, ini sejajar dengan perjuangan Islam yang mereka laungkan selama ini.

Jelas kita lihat, pihak mana yang menggadaikan Agama Islam!..

Hanya Babee sahaja yang mengenal Namawee


PUTERI UMNO amat mengutuk Namawee di atas tindakan tidak bertanggung jawab tersebut. Malah ramai rakan-rakan Puteri UMNO dari golongan bangsa cina juga mengutuk Namawee!. Mereka tidak suka akan perlakuan ini yang jelas akan menjejaskan perpaduan rakyat berbilang
kaum.

Malah apa yang menyedihkan, tiada sebarang ulasan, teguran ataupun komen yang diberikan oleh Ulama No1 Malaysia, Tuan Guru Nik Aziz di dalam perkara ini. Sebagai seorang yang memperjuangkan ISLAM melalui parti PAS, seharusnya perkara ini menjadi keutamaan di dalam perjuangan mereka.

Lihat sahaja komen-komen daripada rakyat bangsa cina ini yang dipetik daripada laman web youtube.


Berikut adalah terjemahan video tersebut mengenai Azan.

"Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yang menjerit tak tentu fasal, macam orang hendak memesan mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, hendak kuih pau besar pula! "


Puteri UMNO amat berharap agar pihak berkuasa dapat menahan Namawee, malah seharusnya dia diletakkan di dalam tahanan ISA di atas tindakan provokasi yang boleh menggugat keselamatan negara. Tiada lagi tolak ansur harus diberikan kepada penyangak negara ini. HUKUM NAMAWEE !!!

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Kantoi...


Hari ini Ketua Puteri UMNO dan seluruh ahli Puteri UMNO bersama-sama menyokong pelbagai pihak yang menginginkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tampil berani di hadapan barisan penyokong-penyokong kuatnya untuk memberikan DNA beliau secara sah kepada pihak mahkamah agar kebenaran dapat ditunjukkan kepada rakyat Malaysia.

Tiada apa yang perlu dirisaukan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar tidak bersalah. DNA jelas akan membuktikannya. Tidak perlu lagi risau mengenai tuduhan beliau mengenai sistem undang-undang Malaysia yang berat sebelah, pro BN, tak berhati perut dan macam-macam lagi. Dengan keputusan mahkamah untuk menolak bahan-bahan bukti DNA yang sebelum ini diperolehi, jelas menunjukkan ketelusan undang-undang negara terhadap rakyat di negara ini.

Kini tiba giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunjukkan ketelusan dirinya sendiri. Jika benar beliau tidak bersalah di atas tuduhan meliwat tersebut maka tiada sebab untuk tidak memberi DNA beliau kepada pihak mahkamah.

Puteri UMNO pasti Tuan Guru Nik Aziz, Ulama tersohor Malaysia juga bersetuju dengan perkara ini. Demi membuktikan sama ada segala tuduhan tersebut adalah fitnah ataupun kebenaran, sudah pasti pemberian DNA secara sukarela ini adalah halal mengikut pandangan Tuan Guru.

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah. Buktikan kepada Malaysia !

1 Rumah 1 Penyelamat - A Doctor In Each House


Ketua Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, kini akan mengadakan satu kursus berkenaan penjagaan keselamatan seisi keluarga. Kursus yang diberi nama 1 RUMAH 1 PENYELAMAT ini bakal menyediakan informasi dari segi pengetahuan dan juga praktikal penting yang akan diberikan kepada peserta kursus.

Matlamat utama program kursus 1 RUMAH 1 PENYELAMAT ini adalah untuk memberi ilmu pengetahuan kepada peserta mengenai langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya dilakukan ketika sesuatu kecemasan sedang berlaku di persekitaran sekeliling.


Adalah menjadi Visi Utama YB Datuk Rosnah agar setiap isi keluarga sekurang-kurangnya akan mempunyai seorang ahli keluarga mereka yang mempunyai pengetahuan dalam memberikan rawatan kecemasan.

Pengetahuan di dalam Rawatan Kecemasan amat penting dimana dengan adanya tindakan awalan seseorang yang berupaya memberi rawatan kecemasan dapat menentukan keselamatan nyawa seseorang ketika keadaan kecemasan.

Sebagai contoh teknik pernafasan kecemasan iaitu CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). Terdapat beberapa teknik CPR yang boleh digunakan mengikut sesuatu keadaan kecemasan. Melalui kaedah CPR yang betul, satu nyawa mungkin dapat diselamatkan.

Ini merupakan salah satu teknik rawatan kecemasan yang bakal dipelajari oleh peserta kursus 1 RUMAH 1 PENYELAMAT anjuran Puteri UMNO.

Mari bersama-masa Puteri UMNO, meningkatkan pengetahuan kita demi keselamatan keluarga tercinta.





1 RUMAH 1 PENYELAMAT
A DOCTOR IN EACH HOUSE





Puteri UMNO Dulu Kini dan Selamanya...



Masih teringat ketika permulaan penubuhan Puteri UMNO. Masih segar diingatan ketika Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, merasmikan penubuhan Puteri UMNO di PWTC. Masih meremang bulu roma penulis setiap kali apabila mendengar lagu rasmi Puteri UMNO, terbayang ketika itu, beribu-ribu ahli Puteri UMNO bangun tegak berdiri, bersatu menyanyikan lagu Puteri UMNO dengan penuh bersemangat.

Kini telah 10 tahun berlalu, Puteri UMNO tetap kukuh bersama-sama rakan-rakan seperjuangan Pemuda UMNO dan Wanita UMNO. Bersama-sama berganding bahu membantu kerajaan Barisan Nasional dalam usaha memajukan negara dan menjaga perpaduan rakyat.

Kini Puteri UMNO di bawah kepimpinan Yang Berhormat Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, kian mara dalam perjuangan parti yang disayangi. Sebagai Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat telah banyak menyediakan program-program berbentuk kesihatan untuk ahli parti.

Bukan mudah untuk mengekalkan kedudukan Puteri UMNO seperti hari ini. Banyak rintangan yang terpaksa kami tempuhi, adalah menjadi lumrah bukannya semua ingin melihat kejayaan kami, masih ada lagi yang iri hati dengan kejayaan Puteri UMNO. Banyak dugaan yang harus kami tempuhi, namun ahli Puteri UMNO tetap akan bersatu dan menyokong parti di bawah kepimpinan Ketua Puteri UMNO yang berani, tegas dan berkaliber.

Kami masih ingat lagi jasa-jasa mantan Ketua Puteri UMNO, Dato' Sri Azalina Othman Said dan juga Datuk Noraini Ahmad. Segala tunjuk ajar mereka kepada kami dalam menghadapi susah senang, pahit getir di dalam arena politik tetap kami jadikan pengajaran dan panduan. Kami bersyukur kerana mereka tetap mengambil berat akan perihal ahli Puteri UMNO.

Datuk Noraini rajin juga datang menjengah kami dan sering memberi kami nasihat yang amat berguna. Banyak idea-idea diberi bagi tujuan kemajuan parti. Terima Kasih kami ucapkan.

Dato' Azalina walaupun jarang datang ke pejabat puteri, mungkin kerana kesibukan urusan kerja, tetapi beliau tetap menghantar wakilnya untuk bertanya khabar terbaru Puteri UMNO. Ini jelas menunjukkan keprihatinan beliau kepada parti.

Kami amat bersyukur kerana mempunyai barisan pemimpin seperti mereka. Kini dengan kepimpinan Ketua Puteri UMNO Yang Behormat Datuk Rosnah, kami yakin Puteri UMNO akan berdiri teguh dan bersemangat kental seperti ketika permulaan penubuhan Puteri.

Kini dengan kerjasama barisan penggerak parti yang terdiri daripada orang-orang lama dan juga orang-orang baru yang berkebolehan, kami yakin Puteri UMNO kini akan lebih maju dan mara di dalam perjuangan kami.

====================

Wahai Puteri-Puteri tercinta
Berbaktilah pada ibu pertiwi
Bekerjasama Berganding Tangan
Bergerak Terus Maju
Mari Buktikan Taat Dan Setia
Pada Nusa Dan Bangsa Kita
Pasti akan Dikenang Jasamu Baktimu
Sehingga Di Akhir Zaman
Walaupun Apa Rintangan
Patahkan Sepenuh Tenaga
Usaha Kita Murni
Wahai Puteri-Puteriku
Andaikan Kita Gugur Di Medan
Didalam Kanta Perjuangan
Pastikan dikenang, Jasamu Baktimu
Sehingga Di Akhir Zaman.

Judi DiHalalkan Di Selangor. Apa Komen Nik Aziz ?


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri termasuk barisan Exco tidak pernah mengadakan perbincangan untuk melarang sebarang perniagaan judi termasuk nombor ramalan di Selangor seperti mana yang dilakukan di Kelantan ketika ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Kerajaan Negeri sama ada bersedia mengharamkan perniagaan judi di negeri ini seperti mana yang dilakukan di Kelantan di bawah pentadbiran Pas.

Macam mana ni? Pakatan Rakyat tak sefahaman nampaknya. Khalid cakap Judi ok, Nik Aziz cakap tak ok. Yang mana satu ni? cakap siapa patut Pakatan Rakyat dengar? Ulama' ataupun Khalid?

Mana yang dikatakan sepakat? Tak nampak pun perpaduan diantara 3 parti ini.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan PAS Kelantan supaya menarik balik pengharaman judi atas alasan aktiviti itu dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-undang Kerajaan Persekutuan termasuklah di Kelantan sendiri.

Karpal Singh pun tak puas hati. Ketiga-tiga parti tak sehaluan. Macam mana nak bersatu? boleh ke mereka ni teraju negara?

Apa pula komen Ulama' Tersohor Tuan Guru Nik Aziz dalam perkara ini? Jawab la..Ulama' kena adil dan saksama. Kalau cerita Barisan Nasional, cepat betul Nik Aziz komen dalam Harakah, dalam Facebook. Apa tunggu lagi. Sila beri komen wahai Tuan Guru...

Hari Wanita Antarabangsa : Ucapan Ketua Puteri UMNO Yang Berhormat Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


Pergerakan Puteri UMNO mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita di Malaysia yang selama ini telah membuktikan peranan serta sumbangan mereka dalam pembangunan sebuah negara Malaysia yang sejahtera.

Tanpa wanita, negara tidak akan dapat membangun seperti sekarang ini lantaran sumbangan kaum Hawa dalam semua bidang baik politik, ekonomi, sosial mahupun agama sangat besar dan selayaknya mendapat pengiktirafan tinggi oleh semua pihak.

Pergerakan Puteri UMNO melihat kekuatan wanita berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama wanita berkerjaya yang sangat bijak mengimbangi antara keperluan dan kebahagiaan rumah tangga dengan tuntutan di tempat kerja.

Pengorbanan wanita dalam konteks mencapai dunia yang aman juga bukan sedikit dan di peringkat domestik semakin ramai tokoh wanita berkaliber telah dapat membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan kaum lelaki malah memberi sumbangan yang lebih baik.

Justeru Pergerakan Puteri UMNO mahu hari yang istimewa ini diraikan oleh semua wanita di Malaysia dengan cara membuktikan bahawa kaum wanita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki malah dalam keadaan tertentu sumbangan wanita adalah lebih tinggi terutamanya dalam konteks memelihara kebahagiaan keluarga.

Kepada kaum wanita di seluruh negara, teruskan sumbangan anda biarpun sekecil mana sekalipun lantaran keluarga bahagia akan menjadi penentu pembangunan sesebuah negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Begitu juga pembentukan masyarakat yang harmoni dan bebas daripada gejala sosial terletak di bahu wanita, oleh itu wanita-wanita semua pastikan kita sama-sama membantu kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang mana institusi keluarganya terpelihara daripada sebarang unsur negatif.

Selamat Hari Wanita

Sekian, terima kasih.

Ini ke jenis orang yang nak jadi PM kita??


Apa dalam Malaysia ni dah teruk sangat ke, takde calon lain yang sesuai jadi Perdana Menteri daripada Si hentam 2 alam sekaligus ni?

Nampak sangat betapa terdesaknya Pakatan Rakyat untuk mendapat kepercayaan pengundi sehingga terpaksa menggunakan populariti Anwar Ibrahim untuk tarik perhatian. Ye lah..di mata jahil mereka, siapa lagi yang kononnya berkarisma dan layak untuk jadi PM kalau tak bekas Timbalan Perdana Menteri ni..

Tuan Guru Hadi ?
Lim Kit Siang?
Lim Guan Eng?
Karpal Singh?
Tuan Guru Nik Aziz?

Lihat balik calon terkenal di atas...tengok betul-betul...

1. Nak ke DAP bagi Hadi jadi PM? - Dengan usaha untuk mewujudkan negara islam dengan perlaksanaan Hukum Hudud. Lesen Judi terpaksa diharamkan jika betul-betul nak ikut Negara Islam yang diperjuangkan PAS.

2. Nak ke PAS bagi Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang jadi PM? - Tengok apa jadi kat Pulau Pinang sudah..Bagaimana rakyat melayu dilayan seperti melayu Singapura. For Sure lesen judi akan dikeluarkan lebih banyak daripada sekarang. Dan apa PAS dah gila ke nak biar Orang Bukan Melayu @ Islam jadi PM?

3. Tuan Guru Nik Aziz jadi PM? Biar betul...pengundi melayu sendiri dah mula was was dengan keadaan stabiliti dia ni. Dengan mudah keluarkan fatwa sesat, bila ditegur boleh pulak tanya kita bila masa dia cakap? Dengan keadaan tak stabil macam ni...mana boleh jadi PM..

4. Si Karpal Singh?? Kalau dia ni la yang para pengundi mahukan jadi PM, saya sendiri dah tak tahu apa nak cakap...

Jadi siapa yang tinggal? siapa yang berkebolehan? siapa lagi yang popular?

Ha ! Ini dia ! Si pemain barisan belakang, dan berkebolehan bermain apa jua posisi. Malah berupaya melawan sehingga 4 orang sekaligus ! Memang power...ini mesti berkat doa-doa pemimpin PAS, sampai begitu hebat tenaganya!

Eh..Tuan Guru Nik Aziz paling sayang si Al Juburi ni..tak percaya? sila lihat Nik Aziz : Anwar Paling Layak Jadi PM

Anwar Ibrahim Al Juburi juga dikenali sebagai pengkhianat bangsa, sanggup menjual Negara demi kepentingan diri. Siapa tak kenal ANWAR IBRAHIM. Calon utama pengundi Pakatan Rakyat. Baru dua hari lepas kisah mengenai dia cuba melanggan sehingga 4 orang gadis sekaligus! Hari ini beliau cuba melarikan perhatian pengundi tegar Pakatan Rakyat dengan angan-angannya untuk menawan Putrajaya.

"Mana-mana pemimpin yang ada kepentingan diri, Keluar dengan segera kerana kita memerlukan gerak kerja yang kukuh dan yakin dengan Pakatan Rakyat bagi menawan Putrajaya!" katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sama juga ketika beliau cuba membuat onak dengan angan-angannya mengenai 16 September. Ha Siapa boleh lupa tarikh tu. Para penyokong tegar Pakatan Rakyat paling ingat tarikh itu. Tarikh dimana Anwar Ibrahim ditabalkan menjadi Perdana Menteri...Habis satu dunia kena tipu dengan Si Al Juburi ni...yang lain pergi percaya siapa suruh? Segala benda nak percaya...kena sokong sikit dengan fatwa entah apa entah..terus percaya bulat-bulat!.



Tapi kini rakyat Malaysia lebih mengetahui, lebih bijak dalam memilih pemimpin yang boleh membawa kemajuan, kesejahteraan untuk negara. Dengan masyarakat majmuk yang aman damai, Barisan Nasional telah membuktikan keberkesanan dalam meneraju negara sehingga kini.

Kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong perjuangan Barisan Nasional !!

PAS DALAM KETAKUTAN. NAK MENGALAH ?


Melihat rencana daripada Harakah pada hari ini, nampaknya situasi PAS selepas pilihan raya semakin hari semakin buruk. Setelah kekalahan mereka di dalam pilihanraya kecil berturut-turut kini pucuk pimpinan PAS meminta agar mereka mempertimbangkan pembabitan mereka dalam sebarang pilihan raya kecil yang akan datang.

Akibat daripada kemerosotan sokongan undi pada Pilihanraya Kecil yang lepas, mereka merasakan tiada gunanya untuk mereka bertanding dengan Barisan Nasional. Kemerosotan ini dapat dilihat melalui statistik jumlah peratus undi yang mereka dapat telah merosot dengan mendadak sebanyak lebih dari 7%.

Kini para pengundi tidak lagi mempercayai mereka berikutan perubahan perjuangan islam yang dulu dilaung-laungkan tetapi kini demi kemenangan mereka sanggup bersepakat dengan DAP.

Pengundi Melayu khususnya sudah tidak mempercayai PAS lagi. Sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian yang tetap, boleh berubah mengikut arus semasa. Bagi pengundi Cina, mereka tetap tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan PAS di Kelantan yang sewenang-wenangnya menutup operasi judi di Kelantan, sedangkan pusat itu mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan.

Hanya kerana khuatir akan menerima kekalahan lagi, PAS dilihat seakan-akan merajuk sehingga ingin menarik diri daripada pilihan raya. Adakah ini contoh parti yang kita mahukan untuk menerajui negara? Ternyata PAS lebih pentingkan kemenangan daripada kepentingan rakyat. Demi kemenangan apa sahaja boleh dilakukan, apa cara sahaja dikatakan halal asalkan mereka mendapat kemenangan. Tetapi setelah kalah dalam pertarungan kecil..mereka cepat berputus asa, meninggalkan pengikut-pengikut mereka terkontang kanting tanpa arah tuju.

Demi kemajuan negara, kebajikan rakyat, undilah BARISAN NASIONAL !!