Filem Sila Pandang Belakang - Lakonan PAS, DAP, KEADILAN !


Kekalahan berturut-turut Parti Pakatan Rakyat baru-baru ini, jelas menunjukkan rakyat tidak lagi mempercayai sandiwara mereka. Berbeza dengan Barisan Nasional yang telah lama menerajui negara ini dalam keadaan politik parti yang aman, damai dan bersatu padu.

Pakatan Rakyat hanya mampu berlakon di hadapan rakyat, lakonan untuk menunjukkan perpaduan mereka boleh menggugat Barisan Nasional. Sedangkan hakikatnya, ketiga-tiga parti ini masih tidak dapat bersatu, tidak serasi diantara satu sama lain. Ketiga tiga parti ini mempunyai agenda masing-masing.

Malah dapat dilihat mereka terpaksa mendapatkan bantuan daripada seorang pelakon, pengarah, pelawak yang terkenal bagi membantu mereka dalam mengajar mereka akan ilmu lakonan yang berkesan.

Penulis hairan..Bagaimana yang dikatakan bersatu jika ketika pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau, Si pemain barisan belakang "Anwar Ibrahim" tidak disenangi mereka ketika beliau turun padang untuk berkempen bersama-sama mereka. Malah ada yang menasihatkan agar Anwar Ibrahim balik sahaja, dan jangan berkempen di Kerdau dan Merlimau. Jelas kelihatan ketakutan mereka akan kehilangan undi daripada bangsa melayu.

Bukan itu sahaja. Untuk parti Pakatan Rakyat, adalah menghairankan sehingga kini tiada bendera rasmi digunakan bagi melambangkan perpaduan ketiga-tiga parti ini. Ketika kempen berlangsung, bendera PAS, DAP dan Keadilan digunakan. Rasanya itu sudah dikira pembaziran. Apalah salahnya jika mereka dapat keluarkan satu bendera yang mewakili perpaduan mereka.

Mungkin ini adalah perkara remeh bagi mereka, tetapi jika perkara sekecil ini pun mereka tidak dapat mencapai kata sepakat, inikan pula isu-isu yang lebih besar?

No comments:

Post a Comment