Harga Barang Naik. PAS nak jadi Pemerhati ?


Semalam di Parlimen menyaksikan Perasmian Pembukaan Penggal Ke4 Parlimen. Dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seri Paduka bertitah, agar rakyat menjadi pengguna bijak dalam berbelanja, memandangkan tidak lama lagi harga barangan keperluan harian akan meningkat. Baginda bertitah lagi, perkara ini adalah disebabkan faktor Pemanasan Global, Bencana Alam, Peningkatan penduduk dunia dan faktor perubahan polisi negara-negara pengeluar.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga telah menyatakan harga barangan makanan dunia telah meningkat dan diantaranya ialah harga Tepung, Gula, Kopi, Beras dan banyak lagi. Mengikut analisis mereka, pengguna akan dapat melihat lonjakan harga bermula daripada 5% hingga ke 7% hasil daripada kenaikan ini.

Pada masa yang sama, Parti PAS menyuarakan mereka akan menjadi pemerhati bagi pihak rakyat. PAS ingin memastikan rakyat tidak terbeban di atas masalah kenaikan harga barangan ini. PAS bercadang ingin mencadangkan perkara-perkara yang boleh memperkemaskan subsidi kerajaan.

Penulis berharap agar Parti PAS benar-benar memahami akan krisis harga barangan keperluan pada masa ini. Hal ini kerana, sebelum pilihan raya kecil N.27 dan N.28, melalui kempen-kempen parti PAS, harga barangan menjadi satu isu dalam menghasut agar rakyat tidak mengundi Barisan Nasional.

Jelas dari titah Tuanku Mizan, perkara kenaikan harga ini berlaku di seluruh dunia. Bukanlah sesuatu yang luar biasa ianya berlaku di negara kita. Dan jelas daripada titah baginda, diantara penyebab-penyebab kenaikan harga ini berlaku, Kerajaan Barisan Nasional bukanlah penyebabnya sehingga boleh dituduh kerajaan sewenang-wenangnya menaikan harga barangan setelah pilihan raya.

Ini adalah lagi satu cara Parti PAS cuba mengelirukan rakyat dalam perjuangan politik mereka demi kepentingan mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment