Puteri UMNO Terkilan...Maafkan Kami..


Dunia telah dikejutkan dengan berita bencana alam yang berlaku ke atas rakan negara kita iaitu Jepun. Walaupun ahli-ahli Puteri UMNO mempunyai pengalaman dalam membantu mangsa-mangsa Tsunami di Acheh pada tahun 2004, tetapi niat murni Ketua Puteri UMNO, YB Datuk Rosnah serta para-para sukarelawan Puteri UMNO untuk membantu mangsa-mangsa Tsunami di Jepun tidak kesampaian.

Pelan bantuan kemanusiaan di Jepun telah pun dirangka oleh kami, namun akibat krisis letupan kilang nuklear yang berpunca daripada tsunami tersebut, maka sebagai Ketua Puteri UMNO dan juga merupakan Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah terpaksa membatalkan rancangan bantuan kemanusiaan. Keselamatan dan kesihatan ahli Puteri UMNO juga harus diambil kira.

Krisis penyebaran pancaran radiasi nuklear akibat letupan berterusan di kilang Fukushima semakin menjadikan sebarang usaha bantuan kemanusiaan adalah mustahil pada masa ini. Malah pihak negara Jepun sendiri tidak memberi keizinan untuk Malaysia menghantar sebarang bantuan kerana bimbang akan keadaan keselamatan di negara mereka.

Puteri UMNO sentiasa memantau keadaan di Jepun, dan akan sentiasa menyokong pihak kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kami sentiasa bersedia jika pihak kerajaan memerlukan bantuan dari pihak Puteri UMNO di dalam usaha bantuan kemanusiaan di Jepun. Kami Prihatin !

No comments:

Post a Comment