A Doctor In The House - Tun Mahathir



Teruja penulis apabila dapat bertemu Tun Mahathir semalam ketika pelancaran buku terbaru tulisan beliau " A Doctor In The House " yang diadakan di Mid Valley.

Diantara isu menarik yang dikupas di dalam penulisan tersebut ialah
Kontroversi Kelakuan Seks Sumbang ANWAR IBRAHIM. Dimana Tun Sendiri telah mengadakan pertemuan dengan 4 orang gadis yang terlibat di dalam skandal seks sumbang tersebut.

Difahamkan gadis-gadis tersebut telah dibawa berjumpa seorang tokoh politik yang mereka kenali sebagai Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu iaitu ANWAR IBRAHIM oleh seorang lelaki india dipanggil NALLA, yang mana penulis anggarkan ianya Datuk K.S Nallakarupan.


Di sana mereka berempat telah diarahkan untuk membuka pakaian masing-masing bertujuan untuk mengadakan seks, dimana hanya dua daripada mereka yang sanggup. Namun ketika temuramah dijalankan, mereka tidak mahu menjadi saksi di mahkamah, tetapi tiada masalah jika ingin membuat laporan polis.

Sebagai tindakan susulan TUN Mahathir sebagai Perdana Menteri pada ketika itu telah memanggil ketua-ketua UMNO termasuk Menteri-Menteri Besar, dan Ketua Menteri ke Sri Perdana untuk memaklumkan perihal perlakuan seks songsang Anwar Ibrahim serta gambar-gambar saksi kejadian itu.

Apa yang memeranjatkan ialah jawapan daripada Anwar Ibrahim sendiri ketika diminta memberikan alasan perbuatan tersebut. Anwar Ibrahim mengatakan yang beliau tidak melakukan sebarang kesalahan luar biasa. Dimana katanya semua termasuk ahli Majlis Tertinggi juga melakukan perkara yang sama.

Ini jelas menunjukkan Anwar Ibrahim tidak "menidakkan" pertuduhan tersebut. Ini boleh dianggap sebagai pengakuan di hadapan mereka yang hadir ketika itu.

Tun Mahathir menulis lagi, dimana pertama kali beliau dimaklumkan mengenai perlakuan homoseksual Anwar Ibrahim adalah pada awal tahun 1990 oleh Ketua Polis Tun Hanif Omar.

Pihak polis terus memerhatikan aktiviti Anwar Ibrahim. Tun juga menerangkan walaupun beliau boleh mengarahkan pihak polis untuk berhenti menyiasat, beliau tidak rasa pihak polis akan berhenti setakat itu sahaja.

Dengan adanya buku terbaru Tun Mahathir, A Doctor In The House, Kini mana lagi ANWAR IBRAHIM nak sembunyi, nak berpura-pura dengan para penyokongnya? Para pengikut taksubnya selama ini akan lebih mengetahui kisah selanjutnya mengenai skandal seks songsang tersebut. Banyak perkara-perkara baru yang akan mereka ketahui. Anwar Ibrahim akan jadi tak senang duduk lepas ni.





No comments:

Post a Comment