Berani Kerana Benar, Takut Kerana Kantoi...


Hari ini Ketua Puteri UMNO dan seluruh ahli Puteri UMNO bersama-sama menyokong pelbagai pihak yang menginginkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tampil berani di hadapan barisan penyokong-penyokong kuatnya untuk memberikan DNA beliau secara sah kepada pihak mahkamah agar kebenaran dapat ditunjukkan kepada rakyat Malaysia.

Tiada apa yang perlu dirisaukan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar tidak bersalah. DNA jelas akan membuktikannya. Tidak perlu lagi risau mengenai tuduhan beliau mengenai sistem undang-undang Malaysia yang berat sebelah, pro BN, tak berhati perut dan macam-macam lagi. Dengan keputusan mahkamah untuk menolak bahan-bahan bukti DNA yang sebelum ini diperolehi, jelas menunjukkan ketelusan undang-undang negara terhadap rakyat di negara ini.

Kini tiba giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunjukkan ketelusan dirinya sendiri. Jika benar beliau tidak bersalah di atas tuduhan meliwat tersebut maka tiada sebab untuk tidak memberi DNA beliau kepada pihak mahkamah.

Puteri UMNO pasti Tuan Guru Nik Aziz, Ulama tersohor Malaysia juga bersetuju dengan perkara ini. Demi membuktikan sama ada segala tuduhan tersebut adalah fitnah ataupun kebenaran, sudah pasti pemberian DNA secara sukarela ini adalah halal mengikut pandangan Tuan Guru.

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah. Buktikan kepada Malaysia !

No comments:

Post a Comment