12 Malam Ini. Jalan Utama KL Akan Ditutup !


KUALA LUMPUR Julai - Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya akan ditutup dan dilencongkan mulai pukul 12.01 tengah malam ini, demikian pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Menurut laman sosial, Facebook PDRM, jalan-jalan yang terlibat ialah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Jalan yang turut ditutup ialah sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.

Jalan lain yang terlibat ialah kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Polis meminta orang ramai memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan.

Polis juga menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar agar tidak memasuki kawasan berkenaan esok bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. - Bernama

2 comments:

  1. Kalau jalan jalan dah tutup tu hari minggu gini yg elok nya kita Rakyat Malaysia bergotong royon membersihkan kawasan rumah dan persekitaran Alam semula jadi ... Pahla dapat kesihatan terjamin keluraga juga sihat.

    ReplyDelete
  2. ANAK WANITA7/11/2011

    KENA TEMBAK NGAN PISTOL AIR....

    ReplyDelete