Rampas Kembali Negeri Diperintah Pembangkang !


Ahli pergerakan Puteri UMNO disarankan agar mempergiatkan lagi usaha untuk menarik minat para pengundi yang tergolong daripada golongan muda. Berikutan daripada peristiwa perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, inilah masanya untuk para ahli Puteri bersatu dan memperbanyakkan program yang boleh membantu di dalam usaha untuk mendekatkan diri mereka bersama rakyat Malaysia.

Perhimpunan BERSIH telah menjadikan ramai rakyat Malaysia yang marah dengan pihak pembangkang. Akibat daripada perhimpunan tersebut, para rakyat Malaysia yang tidak berdosa menjadi mangsa kekecohan ahli-ahli penyokong BERSIH.

Kini, peratusan sokongan rakyat kepada pihak pembangkang semakin merundum. Ahli Puteri UMNO harus menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya. Tugas utama Puteri UMNO kini adalah untuk berusaha merealisasikan sasaran UMNO dan Barisan Nasional untuk mendapatkan semula majoriti 2/3 bagi membentuk parlimen pada PRU13 yang akan datang.

Ahli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia harus bersatu padu diantara satu sama lain, diharap agar ketepikan segala agenda kepentingan peribadi demi masa depan rakyat bersama Barisan Nasional.

Adakah kita akan terus lalai, dan membiarkan sahaja pihak pembangkang terus menerus memburukkan imej Barisan Nasional dan UMNO di mata rakyat Malaysia?


1 comment:

  1. minah kilat7/31/2011

    Kena Rampas Kena pertahankan Hak Kita ...

    ReplyDelete