Pelancaran Buku "My Heart, My Health" dan Kad Kesihatan


Majlis Pelancaran Buku "My Heart, My Health" dan Kad Kesihatan telah diadakan di Hotel Istana semalam oleh Pertubuhan Profesional Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOSHPA).

Buku tersebut dilancarkan oleh Y.A Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia.


"Kita diingatkan tentang kadar kematian yang tinggi berpunca dari sikap kurang prihatin terhadap penjagaan kesihatan terutamanya penyakit jantung. Pada hari ini nisbah setiap satu daripada tujuh orang di Negara kita adalah pesakit jantung. Ini seharusnya dipandang serius oleh semua peringkat masyarakat dan individu di negara kita". Kata Datin Paduka Seri.


Tujuan buku "My Heart, My Health" diterbitkan adalah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dan tenaga kerja di Malaysia betapa pentingnya perihal penjagan kesihatan dan amalan cara hidup yang sihat.


Kad Kesihatan yang juga dilancarkan pada hari yang sama, mempunyai saiz seperti Mykad dan mengandungi maklumat pemegang kad tersebut seperti maklumat doktor yang merawat, jenis ubat yang diberi dan jenis alahan. Dengan Kad Kesihatan tersebut, pesakit boleh menerima rawatan di mana-mana pusat rawatan.

Turut hadir di Majlis Pelancaran tersebut adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga bertanggungjawab sebagai Penasihat Program.

No comments:

Post a Comment