Program Sembang Petang, Sihat Bersama Dengan Rakan FB, Twitter dan Media


Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bakal mengadakan Program Sembang Petang Sihat Bersama Rakan FB, Twitter dan Media pada 24 April ini, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa bermula jam 2 petang.

Menurut Datuk Rosnah yang juga merupakan Timbalan Menteri Kesihatan, tujuan program tersebut adalah untuk merapatkan ukhuwah yang telah lama terjalin secara virtual kepada realiti. Program get together ini akan memberi ruang kepada semua yang hadir untuk merapatkan silaturrahim dan berkongsi pandangan untuk pembangunan negara.

"Saya sedar ruang alam maya adalah ruang yang sangat efektif untuk berinteraksi dengan orang ramai terutamanya golongan muda. Sebab itu saya menjadikan alam maya sebagai satu platform untuk menjelaskan aspirasi dan langkah-langkah kerajaan para golongan muda agar mereka setia bersama UMNO dan Barisan Nasional. Dengan cara ini dapatlah kita membawa generasi muda menjadi sebahagian pencetus dan penggerak kepada usaha positif kerajaan". ujarnya.

Selain itu, program pemeriksaan kesihatan dan juga daftar pengundi turut di adakan. Beliau berharap, orang ramai akan datang beramai-ramai bagi menjayakan aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment