Utusan Malaysia Haram ! : Fatwa Terbaru PAS




Dewan Ulama PAS telah mengemukakan satu lagi fatwa terbaru mereka. Kali ini mereka Mengharamkan Utusan Malaysia.

Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "HARAM" dari sudut Islam, tegas Ulama terkemuka, Profesor Datuk Dr Haron Din.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

PAS seringkali menggunakan Agama Islam sebagai alasan untuk kepentingan politik mereka. Puteri kesal kerana, PAS yang menjadi alasan utama bagi kekeliruan umat Islam di Malaysia. Isu Halal dan Haram tidak boleh diambil mudah. Hanya kerana tidak sependapat di dalam politik, PAS tidak boleh sewenang-wenangnya memfatwakan Utusan Malaysia sebagai Akhbar yang Haram untuk dibaca oleh umat Islam.

Puteri tidak menyangkal perihal fitnah adalah salah dan haram di dalam agama Islam. Tetapi Puteri mempertikaikan atas dasar apa Utusan Malaysia boleh dikatakan Haram oleh PAS? Fitnah? Jika betul, bagaimana dengan Harakah? Suara Keadilan? Akhbar-akhbar ini juga ada mengeluarkan berita fitnah mengenai pembabitan Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah dalam pembunuhan Atlantuya. Jadi bukankah ini bermakna Harakah juga Haram?

Puteri amat kesal dengan pucuk pimpinan PAS yang ternyata mudah mempermainkan soal Halal dan Haram demi kepentingan politik mereka. PAS ternyata tidak mampu untuk berlaku adil kepada rakyat, jauh sekali untuk berlaku adil di dalam hal ehwal agama. PAS juga, Puteri lihat bukanlah medium utama untuk memperjuangkan Agama Islam di Malaysia. PAS ternyata tidak layak untuk memikul tanggungjawab itu.

Mengeluarkan fatwa sesuka hati mereka. Mengelirukan para penyokong mereka dengan hal-hal yang mereka sendiri tidak pasti. Tindakan PAS pada kali ini jelas boleh menyimpang daripada ajaran Agama Islam. Menjatuhkan hukum dengan sesuka hati tanpa ada pertimbangan teliti mengenai sesuatu perihal.

Berhati-hati, atau PAS mungkin akan dilabel sebagai Parti Ajaran Sesat.

3 comments:

  1. Mula lah bila dah bergoyang sikit halal/Haram dipermainkan dalam politik kita.

    ReplyDelete
  2. Mak Munah4/26/2011

    Sudahlah ..... jgn dok kelirukan Rakyat !!! kalau iapun nak mendapatkan sokongan dari semua kaum bukan le gitu cara nya Tok aji oi !!

    ReplyDelete
  3. Anonymous4/28/2011

    dh lama tuggu fatwa ni.dh mmg betui Utusan Malaysia pembelit minda rakyat.

    ReplyDelete