BERSIH : Puteri UMNO Buat Laporan Polis


Berikutan hasrat pihak pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram BERSIH walaupun ditentang oleh ramai pihak, Puteri UMNO Selangor diketuai oleh Suhaila M Zin telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam Seksyen 9 pada Khamis lalu. Beliau telah menggesa pihak polis agar menghalang daripada perhimpunan BERSIH tersebut diadakan pada 9 Julai ini.

Beliau juga berkata, perhimpunan tersebut bakal memberi kesan buruk kepada rakyat, juga kepada ekonomi negara.

Perhimpunan BERSIH telah diarahkan oleh Pihak Polis untuk membatalkan usaha mereka untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran kerana ianya bakal mengundang permasalahan kepada rakyat dan juga negara.

No comments:

Post a Comment