Puteri Sabah Beri Bantuan Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan



Pergerakan Puteri UMNO Sabah telah membuat sumbangan bermakna bagi membantu para pelajar kurang berkemampuan agar mereka dapat meraih pencapaian yang baik dalam pelajaran mereka.

Penyerahan Portal Pendidikan Fokus A yang bernilai RM27,825.00 itu, telah disempurnakan oleh Exco Puteri UMNO Malaysia Wan Salwati Hj Abdullah yang juga Pengerusi Biro Penggerak Belia Puteri UMNO Malaysia di Dewan Perhimpunan SMKA Tun Ahmadshah.

"Sebanyak 35 set portal, yang setiap satunya bernilai RM795, akan diberi kepada pelajar di mana setiap set akan dikongsi oleh dua pelajar yang berpontensi meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan PMR dan SPM, tetapi kurang mampu membeli alat bantuan belajar” Jelasnya.

Program EBISS2Y telah dilancarkan pada tahun lepas (2010) oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia 2010.


Puteri UMNO Sabah telah memilih SMKA Tun Ahmadshah untuk menerima portal pendidikan yang akan memberi manfaat kepada 70 pelajar daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Malah para pelajar tersebut akan diajar oleh salah seorang ahli Puteri UMNO Sabah yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang IT bagi membantu mereka nanti.

No comments:

Post a Comment