Nurul Izzah Berani Ke Terima Cabaran Puteri UMNO ?


Isu Liwat dan Video Seks Anwar Ibrahim semakin hampir ke penghujungnya. Bukti-bukti seperti DNA dan Analisis Kesasihan Video Seks telah pun diketahui rakyat Malaysia. Bagi pihak yang bertanggungjawab ke atas Video terbabit telah pun tampil dan mengaku pembabitan beliau di dalam isu tersebut, malah beliau juga telah bersumpah laknat demi membuktikan kebenaran dakwaannya.

Bagaimana pula dengan pihak tertuduh? Apakah tindakan beliau dalam menangkis tuduhan yang dilemparkan kepadanya? Sehingga kini tiada sebarang bukti yang dapat diberikan oleh Anwar Ibrahim bagi menunjukkan dirinya tidak bersalah di atas tuduhan-tuduhan tersebut. Apa yang disajikan kepada rakyat, hanyalah alasan kosong, malah beliau berani memberikan alibi yang tidak dapat diterima oleh akal, bukan itu sahaja, Alibi itu sendiri dilihat berbeza kisahnya diantara kisah Anwar, kisah Wan Azizah dan juga kisah Nurul Izzah. Bagaimana 3 situasi berbeza boleh dikatakan sebagai Alibi yang Sah?

Datuk Eskay telah mempertikaikan kewujudan Jam Tangan Omega yang diketahui telah hilang ketika kejadian Anwar Ibrahim bersama gadis Cina di dalam hotel terbabit. Namun Wan Azizah mendakwa Jam tersebut ada di dalam simpanannya. Namun apabila diminta untuk Wan Azizah tunjukkan kepada rakyat jam tersebut, Pelbagai alasan diberikan sehingga ke hari ini!

Adakah ini bermakna Wan Azizah dan Nurul Izzah juga bersekongkol dengan Anwar Ibrahim, bersubahat dalam membela perilaku sumbang Anwar? Ini juga bermakna Wan Azizah dan Nurul Izzah telah bersama-sama menipu rakyat Malaysia!

KINI telah tiba masanya Puteri UMNO menunjukkan pendirian tegas kaum Wanita Melayu!

Seluruh Ahli Puteri UMNO mencabar Wan Azizah dan Nurul Izzah untuk tampil melakukan Sumpah Laknat demi membuktikan bahawa mereka yakin Suami dan Bapa mereka, Anwar Ibrahim bukanlah individu di dalam Video Seks Terbabit !

Adakah Wan dan Nurul Berani menerima Cabaran?

No comments:

Post a Comment