Utusan Hina Islam ? PAS Melawak ?

Gempar kini isu lukisan sketsa kartun yang dipaparkan di Utusan Malaysia . Lukisan tersebut yang memaparkan situasi seorang gadis membuat aduan dirinya dirogol kepada tok penghulu, namun aduannya tidak dilayan dengan alasan kekurangan 4 orang saksi, malah bukti melalui rakaman video tidak diterima. Manakala apabila gadis tersebut membuat aduan kepada pihak polis, bukti rakaman video melalui telefon bimbit telah diterima sebagai bahan bukti.

Sila lihat kartun tersebut



Kini PAS telah menganggap kartun tersebut telah menghina Agama Islam. Isu tersebut diperbesarkan sehingga mereka mendakwa Utusan Malaysia telah menghina hukum Allah SWT dengan bertindak mengelirukan rakyat dengan kartun tersebut. Malah Dewan Pemuda PAS telah menuntut agar pihak Utusan Malaysia tampil memohon maaf di atas penyiaran kartun itu.

Puteri tidak merasakan Utusan Malaysia telah bertindak menghina Islam. Jika perkara tersebut menjadi isu, kita harus melihat trend ini telah menjadi satu kemestian di dalam akhbar pihak pembangkang, seperti akhbar Harakah. Seringkali kita lihat kartun-kartun yang dipaparkan jelas bertujuan untuk menghina Agama Islam malah menghina individu khusus yang beragama Islam. PAS tidak seharusnya berlagak suci daripada dosa, sedangkan PAS sendiri telah lama menggunakan platform kartun bagi menghina Agama Islam Mengapa apabila perkara yang sama dilakukan oleh Utusan Malaysia, PAS harus melenting?




Adakah contoh kartun di atas tidak boleh dilabel sebagai kartun yang menghina Islam?

PAS ternyata Hipokrit. Kini mereka sudah merasa kedudukan mereka terancam apabila parti mereka kini mendapat kritikan hebat berhubung pengguguran perjuangan Negara Islam yang diperjuangkan oleh mereka selama ini.

PAS kini telah bertuankan Penzina dan menjadikan Peliwat sebagai panduan perjuangan mereka. Penguasaan Ulama sudah tidak lagi relevan ketika ini. Kekuatan PAS jelas telah semakin malap dibayangi oleh DAP dan PKR. Maka kini isu-isu remeh menjadi perhatian mereka untuk menarik perhatian rakyat bahawa PAS masih lagi relevan di dalam Pakatan Rakyat.


No comments:

Post a Comment