Zami Ismail Meninggal Dunia - Al Fatihah


Pelawak veteran Terkenal, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung. Allahyarham mendapat rawatan di IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

Dilaporkan, Jantung beliau berada di dalam keadaan yang lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehingga malam tadi (Sabtu).

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Zami Ismail juga dikenali dengan nama Pak Uda sempena namanya di dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, malah namanya semakin melonjak naik di persada seni tanah air melalui wataknya sebagai Pak Abu didalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Permergian Allahyarham Zami Ismail pasti akan dirasai oleh setiap rakyat Malaysia. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Al-Fatihah

1 comment:

  1. takziah dan al-Fatihah! lagi info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

    ReplyDelete