Tidak Kira Siapa! Tindakan Akan Diambil!


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin atau ahlinya yang terlibat dengan salah laku moral, apatah lagi disabitkan bersalah oleh pihak mahkamah.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau akan membawa sebarang isu kesalahan tingkah laku, lebih-lebih lagi yang melibatkan kesalahan yang diputuskan oleh pihak mahkamah ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO sekiranya perlu.

“Kita tegas dalam menghadapi kerenah disiplin Puteri UMNO, tidak kira di peringkat kepimpinan negeri, bahagian atau cawangan, kita akan ambil tindakan.

“Tiada tolak ansur dalam isu salah laku atau moral, terutamanya pemimpin, mereka membawa imej Puteri dan kita tidak mahu imej Puteri dirosakkan dengan unsur-unsur tidak bermoral,” katanya yang ditemui di Parlimen, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Puteri tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah perundangan Malaysia dan memandang serius dengan kesalahan sedemikian.

No comments:

Post a Comment