Cari Sampai Dapat ! Bloggers Penghina Islam



Puteri amat kesal ketika ini kerana di dalam negara sendiri masih ada lagi individu yang tidak prihatin terhadap sentimen agama sesama kaum. Kesefahaman rakyat berbilang kaum merupakan resepi utama negara Malaysia mengekalkan keharmonian rakyatnya. Namun masih ada lagi usaha-usaha keji yang dilakukan sesetengah pihak, bertujuan untuk menggugat perpaduan rakyat yang telah terjalin sekian lama.

Puteri lebih kesal apabila seorang blogger yang mendakwa dirinya sebagai seorang yang beragama Islam, terus menerus menghina, mencaci agama Islam di blognya. Individu yang dikenali dengan nama Makcik Hajjah Sitt Alwuzara telah menggemparkan dunia internet di Malaysia kerana tindakannya menghina Agama Islam, Allah SWT, dan Rasulullah SAW. Malah dia juga berani menyebarkan gambar berupa wanita berpakaian seksi berdiri disebelah Kaabah.

Apa yang pasti, perbuatan ini jelas tidak boleh dibiarkan berlarutan. Maka Pihak Polis DiRaja Malaysia telah membuat tindakan untuk menghalang sebarang "Access" ke blog tersebut. Pihak Polis telah dibantu oleh pihak SKMM dalam usaha ini. Alhamdulillah, usaha tersebut berjaya. Kini Blog tersebut tidak dapat lagi diakses oleh mana-mana pihak di Malaysia.

Walaupun begitu, dengan kecanggihan teknologi internet kini, masih banyak lagi cara yang boleh digunakan oleh blogger Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara untuk meneruskan usaha jahatnya itu. Kini dia dilihat semakin aktif menghina Agama Islam melalui akaun Twitternya. Tidak dapat dinafikan, amat terhad tindakan yang dapat diambil oleh pihak polis dan SKMM bagi menghalang Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara.

Ini berikutan daripada kenyataan SKMM bahawa amat sukar untuk mereka menjejaki blogger tersebut kerana dipercayai dia menggunakan pelayan daripada luar negara. Malah blogger terbabit didapati mudah untuk melayari internet walau dimana sahaja, samaada di rumah ataupun di CyberCafe. Ini yang menyukarkan pihak berkuasa untuk menjejaki Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara.


CELIK IT

Daripada pengamatan puteri dalam hal ini, dapat puteri buat satu kesimpulan bahawa Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara adalah merupakan seorang yang benar-benar celik IT. Sudah tentu dia juga mempunyai latar belakang IT, contohnya adakah dia seorang pelajar dari jurusan IT? Adakah dia berkerja di dalam bidang IT?

Namun apa yang Puteri pasti, Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara adalah seorang yang bijak di dalam dunia internet. Dia bijak dalam mencari kaedah-kaedah alternatif bagi meneruskan kerja-kerja jahatnya itu. Tindakannya dalam menggunakan pelayan daripada luar negara jelas memberi kelebihan kepadanya, malah tindakannya dalam menggunakan aplikasi TOR yang merupakan satu aplikasi bagi menjaga "Privacy" internetnya menunjukkan dia amat peka terhadap selok belok teknologi internet.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara akan tetap kebal daripada dikesan oleh pihak berkuasa. Dia harus sedar, di Malaysia ada ramai golongan genius IT yang boleh memberi pertolongan kepada pihak berkuasa dalam usaha mengesan dirinya.

Puteri menyeru kepada rakan-rakan di luar sana yang genius IT supaya bersama-sama bersatu dalam mencari dan mengesan siapa sebenarnya Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara. Kita kongsi sebarang maklumat dengan pihak berkuasa dan kita pastikan blogger tersebut berjaya di hadapkan ke muka pengadilan.


2 comments:

  1. Anonymous6/09/2011

    puteri, mohon dapat remove gambar yg di'copy' dr akaun fb makcik tersebut..

    secara tak langsung anda juga mnyebarkan agenda makcik itu..

    sama2lah kita berdoa supaya makcik itu diberikan hidayah oleh Allah..

    ReplyDelete
  2. puteri.. saya ada maklumat yang mungkin boleh membantu pihak berkuasa mengenai kes ini..

    ReplyDelete