Pakatan Rakyat Tidak BERSIH !!


Apa lagi yang mereka mahu? Mengapa perlu mengulangi usaha menyusahkan rakyat? Apakah tujuan BERSIH diadakan?

Pelik jika Pakatan Rakyat menuduh Pilihan Raya telah diadakan dengan tidak tulus. Mereka menuduh Kerajaan Barisan Nasional mempunyai pakatan dengan SPR dalam menentukan keputusan Pilihan Raya.

Mereka juga menuduh Kerajaan Barisan Nasional mempunyai barisan pengundi hantu, SPR beri kad pengenalan kepada warga asing untuk tujuan pilihan raya umum nanti, BN beri rasuah beribu-ribu ringgit kepada penduduk untuk undi mereka.

Hebat sekali Pakatan Rakyat, mereka mempunyai mata-mata mereka tersendiri yang amat cekap sehinggakan mereka dapat menyedari perkara ini. Memang hebat !

Tapi pelik juga...jika Kerajaan benar-benar buat perkara tersebut, mengapa kerajaan hilang 5 Negeri ketika PRU12 yang lepas? Jika benar tuduhan pihak pembangkang, maka seharusnya semua negeri akan dimenangi oleh Barisan Nasional.

Adakah ini menunjukkan ada kepincangan di dalam sistem pilihan raya di Malaysia? Rasanya segala proses pilihan raya dijalankan dengan tulus. Jika SPR tidak bersih, mengapa tiada tentangan daripada pihak pembangkang di Mahkamah? atau di Parlimen? mengapa perlu diadakan perhimpuan BERSIH yang bakal menyusahkan warga kota?

Apa yang penting, Jika perhimpunan ini diteruskan, pihak yang terlibat bakal menerima tindakan susulan daripada pihak berkuasa.

Puteri nasihatkan agar rakan-rakan yang lain tidak menyertai perhimpunan haram ini. Ingatlah kepada mereka yang tersayang...jangan dibebani lagi mereka...

1 comment:

  1. Mak Datin6/20/2011

    Sayangi Rakyat Sayangi Bangsa Malaysia...Jangan lah diracuni di nodai petrmikiran generasi Muda kita.

    ReplyDelete