BN Mahu Rampas Selangor! PKR Semakin Menggelabah


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggesa barisan UMNO Selangor untuk memperkuatkan usaha dalam memastikan Barisan Nasional akan merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Jelas beliau, rakyat di Selangor sudah serik dizalimi oleh Pakatan Rakyat yang ternyata tidak mampu untuk mentadbir Selangor.

Berikutan daripada gesaan Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut, pihak Pakatan Rakyat sudah mulai risau akan kehilangan sokongan daripada rakyat. Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin merupakan salah seorang daripada barisan Pakatan Rakyat yang melenting apabila dicabar terang-terangan oleh Perdana Menteri Malaysia.

“Saya mahu mengingatkan Najib, Kerajaan Selangor yang dipilih adalah berdasarkan atas mandat pilihanraya yang adil dan bersih,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Ampang.

Nampaknya inilah mentaliti barisan pembangkang, jika kawasan dimenangi oleh mereka maka pilihanraya tersebut dijalankan secara adil dan bersih, manakala jika dimenangi oleh Barisan Nasional maka pilihanraya tersebut didakwa telah dirancang, menggunakan taktik kotor, guna pengundi hantu dan sebagainya.

Seharusnya rakyat di Selangor sedar akan corak pentadbiran Pakatan Rakyat yang jelas sudah gagal. Isu Yayasan Selangor yang mengalami kerugian yang besar sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat harus dijadikan teladan. Rakyat di Selangor tidak harus memperjudikan nasib mereka, sudah tiba masanya mereka membuat perubahan pada PRU13 nanti.

Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat dilihat semakin bimbang dengan kemerosotan penyokong mereka sejak akhir-akhir ini. Berikutan daripada kes Liwat Anwar Ibrahim, Isu Video Seks Ketua Pembangkang, Isu Jam Omega, Isu Sumpah Laknat dan terkini Isu Ujian Poligraf, rakyat kini sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Puteri menyeru agar rakyat di Selangor membuat perubahan dalam PRU13 nanti. Berilah kuasa pentadbiran kepada Barisan Nasional yang jelas lebih berpengalaman dalam pentadbiran. Bersama kita tolak Pakatan Rakyat!

No comments:

Post a Comment