Perdana Menteri Bersama Hot FM !



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan usaha mendekati rakyat dengan cara yang berbeza kali ini. Dengan menggunakan medium media, Datuk Seri Najib menggunakan platform radio bersama Stesyen Hot FM.

Hari ini beliau turun padang ke konti Radio HOT FM untuk bersama-sama dengan pendengar setia stesyen radio itu. Datuk Seri Najib ternyata merupakan seorang pemimpin yang serba boleh malah boleh dikatakan agak "Sporting" apabila beliau sendiri mencabar DJ Radio untuk berlawan bermain dam aji. Malah sesi berjalan dengan lancar apabila Datuk Seri Najib bersikap begitu mesra dan agak santai apabila berbicara bersama rakyat melalui Hot FM.

Puteri amat berbangga kerana mempunyai seorang pemimpin yang begitu mesra, dan prihatin terhadap rakyatnya. Syabas Hot FM !

Semoga akan ada lagi program-program mesra rakyat bersama Perdana Menteri Malaysia di masa akan datang !

No comments:

Post a Comment