Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan


YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin menghadiri Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan Tahun 2011. Bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS, Kampung Sri Batu, Kuala Lumpur.

Kehadiran beliau disambut oleh YBhg. Cik Nor Hazreena Binti Mohamad Hashim, Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu, YBhg. Cik Zauyah Zainuddin, Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Yahaya Mat Ghani, Ketua UMNO Bahagian Batu.

YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin juga telah melancarkan Jentera Pilihanraya Pergerakan Puteri UMNO Batu dan juga Pelancaran Kembara Pengundi Pergerakan Puteri UMNO WP di majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment