Selamat Hari Belia Negara - Belia Pemangkin Transformasi


PuteriNews mengucapkan Selamat Hari Belia Negara kepada semua warga belia Malaysia. Setiap tahun tarikh 15 Mei menjadi tarikh Sambutan Hari Belia.

BELIA PEMANGKIN TRANSFORMASI

Peranan dan sumbangan golongan belia dalam pembentukan masyarakat dan negara amat penting. Ini kerana, golongan Belia bukan sahaja penting dari segi komposisi dan representatif mereka di dalam populasi nasional, tetapi juga dari aspek ekonomi dan politik di mana dari segi ekonomi, golongan belia mewakili lebih daripada 50 peratus daripada populasi produktif atau golongan yang bekerja di negara ini.

Jika dilihat daripada aspek politik pula, golongan pengundi muda dijangka telah menjangkau lebih daripada 7 juta orang pada PRU13 nanti. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan para Belia Negara tidak akan mempersia-siakan hidup mereka. Sudah sekian lama golongan belia negara mengecapi nikmat kemajuan hasil daripada pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Janganlah kita sebagai belia bersikap seperti perumpamaan kacang lupakan kulit.

Sehubungan dengan itu, para belia perlu sedar bahawa masa muda inilah peluang bagi mereka untuk memanfaatkan usia dan masa dengan sebaik-baiknya. Jangan melakukan perkara-perkara yang merugikan diri mereka. Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan daripada pihak luar, terlibat dengan sebarang demonstrasi jalanan yang hanya bakal menyusahkan rakyat yang lain. Gunakan masa dengan sebaik-baiknya. Pihak Kerajaan Barisan Nasional telah banyak memberi peruntukan bagi kemudahan dan pembangunan belia negara. Gunakanlah kemudahan yang ada dengan sebaik-baiknya.

Selaras dengan sambutan Hari Belia Negara peringkat kebangsaan PuteriNews menyeru seluruh masyarakat belia untuk bersama-sama kita buktikan bahawa belia Malaysia adalah belia yang berwawasan, bersemangat, berdaya saing dan menjadi aset sebagai pemangkin pembangunan bangsa dan negara.

Selamat Hari Belia.

No comments:

Post a Comment