Selamat Hari Jururawat Sedunia


Ahli Pergerakan Puteri UMNO, mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada seluruh warga jururawat di Malaysia.

Tidak ramai yang sedar akan kepentingan peranan seorang jururawat. Tugas seorang Jururawat bukanlah mudah. Sebagai pembantu kepada doktor, tanggungjawab mereka juga amat berat dimana kecekapan mereka amat penting dalam menyelamatkan satu nyawa. Jururawat juga berperanan dalam menjaga kebajikan pesakit ketika berada di dalam jagaan pihak hospital. Kita harus sedar, ada kalanya sebagai jururawat mereka terpaksa bersabar dengan segala karenah seorang pesakit, malah ada diantara mereka yang terpaksa berkorban dengan meninggalkan anak dan suami demi menjalankan tugas.

Kita semua haruslah bersikap bertimbang rasa kepada jururawat. Mereka ini bukanlah seperti robot yang mampu bekerja 24jam. Kesungguhan mereka dalam memastikan keselesaan pesakit terjaga harus kita puji, apalah salahnya jika kita sebagai pesakit mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan mereka. Jangan sesekali kita lupakan jasa mereka setelah keluar daripada hospital. Hargailah Warga Jururawat. Semoga hidup mereka sentiasa diberkati Allah SWT. Terima Kasih buat seluruh Jururawat di Malaysia.

Selamat Hari Jururawat Sedunia !

No comments:

Post a Comment