Ustaz PAS Suruh Pemuda Mereka Pikat Puteri ??


Terkejut penulis membaca satu artikel di laman web hari ini. Seorang Ustaz yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS menasihatkan agar Pemuda PAS melatih diri mereka untuk memikat ahli-ahli Puteri UMNO. Malah mereka dikatakan dilatih untuk menjadi Idola kepada Ahli Puteri UMNO!

Persoalannya, wahai adik-adik Puteri sekalian, mahukah anda terpikat dengan Pemuda PAS yang menggelar diri mereka Idola ini? Apakah yang difikirkan oleh Ustaz PAS tersebut? Adakah ahli Puteri UMNO ini boleh dianggap seperti golongan Wanita yang tiada akal fikiran? sehingga mudah terpengaruh dengan para pemuda PAS yang sudah dikenali kami sebagai buta kerana hanya tahu mengikut belakang Anwar Ibrahim.

Penulis rasa ahli Puteri tidak akan melayan pemuda yang buta, dan hanya tahu mengangguk tanpa pendirian sendiri. Kami tidak akan pandang kepada pemuda PAS yang hanya bertopengkan Agama Islam,tetapi berwalikan Penzina dan Peliwat, malah Berkiblatkan DAP hanya demi kepentingan politik mereka. Pemuda PAS hanya tahu melaungkan Takbir tanpa tahu apa tujuan laungan Takbir tersebut. Malah kami tidak akan mengikut jejak langkah PAS yang ternyata mahu menggadaikan Hak Orang Melayu, malah menggadai Agama Islam sendiri dengan bersekongkol dengan DAP dalam usaha menjadikan agama Kristian sebagai Agama Rasmi!

Buat Ustaz PAS tersebut...

Ahli Pergerakan Puteri UMNO tidak akan sekali-kali TERPIKAT dengan pemuda PAS...

No comments:

Post a Comment