Kerajaan PAS Tidak Peduli Pelajar Universiti ?


Kerajaan Negeri PAS telah membuat keputusan untuk menolak rayuan pihak UUM untuk meneruskan rebet cukai tanah yang dikenakan kepada mereka. PAS memberikan alasan, mereka mengambil kira kerugian yang bakal ditanggung oleh PAS jika rebet tersebut diteruskan.

Bagaimana pula kerajaan negeri terdahulu sebelum PAS? mengapa kerajaan negeri dahulu mampu memberi rebet tersebut?

Apakah PAS terlalu tamak sehingga tidak peduli langsung akan pelajar-pelajar UUM? Adalah lebih baik jika duit tersebut digunakan bagi menaiktaraf kemudahan-kemudahan di universiti untuk keselesaan pelajar. Mengapa PAS tergamak membebankan pihak universiti?

Inikah wajah sebenar Kerajaan yang memperjuangkan ISLAM? Apabila berkuasa, mata mereka dikaburi oleh wang ringgit berbanding kebajikan rakyat?

Malah dengan sombongnya Kerajaan Negeri PAS telah mengarahkan agar pihak UUM menjelaskan bayaran sebanyak RM1.7 Juta sebelum 1 Jun ini ! Jika gagal, mereka akan dikenakan penalti sebanyak RM91,000 !

PAS ternyata TAMAK !

Puteri amat bersimpati dengan pihak Universiti serta para pelajar UUM. Inilah balasan Kerajaan Negeri PAS kepada rakyat negeri mereka.

Puteri menyeru para rakyat Malaysia agar tidak tertipu dengan janji manis PAS. Bersama kita tolak PAS yang hanya bertopengkan Agama Islam !



No comments:

Post a Comment