Rakyat Tak Bodoh, Tetapi Pakatan Rakyat Yang Jahil !


Semalam harga petrol Ron97 telah dinaikkan kepada RM2.90 seliter. Seperti yang dijangkakan, akan terdengarlah suara-suara lancang daripada pihak pembangkang yang akan terus menyalahkan kerajaan Malaysia dalam isu kenaikan harga petrol ini.

Hari ini Ketua Penerangan PAS Perak Drs Khalil Idham Lim mendakwa kerajaan Malaysia telah memperbodohkan rakyat dalam isu petrol. Kerajaan Barisan Nasional telah dipersalahkan dalam kenaikan petrol ini.

Apakah hanya Malaysia sahaja yang menaikkan harga petrol?

Tidak! Seluruh dunia telah bertindak menaikkan harga petrol sama ada untuk kegunaan domestik mahupun industri. Malaysia adalah sebuah negara yang amat mementingkan rakyatnya. Subsidi petrol telah diberikan kepada rakyat untuk mengurangkan beban yang ditanggung mereka. Bagi rakyat yang berpendapatan sederhana, petrol Ron95 tidak mengalami sebarang kenaikan. Manakala Ron97 yang mengalami kenaikan juga tetap mempunyai peratus subsidinya sendiri walaupun pengguna Ron97 terdiri daripada golongan yang lebih berkemampuan.

Tidak dapat dinafikan bahawa harga setiap barang di Malaysia terus meningkat saban masa akibat daripada kenaikan petrol dunia. Dan sememangnya ia adalah sesuatu yang dianggap normal memandangkan Malaysia mengamalkan budaya pasaran bebas. Kenaikan kos merupakan kenaikan rantaian. Kecualilah kalau kerajaan negara ini adalah kerajaan komunis yang menguasai semua sektor termasuklah pengangkutan dan tukang jual barang.

Jika difikirkan Pakatan Rakyat sebenarnya boleh menurunkan harga RON97 menerusi usaha kerajaan negeri masing-masing yang menubuhkan konsortium untuk menguasai semua sektor, termasuklah pengangkutan, penjualan, pemasaran, mahupun kawalan harga bahan mentah. Kalaulah setiap negeri Pakatan Rakyat boleh menubuhkan konsortium termasuklah dengan menghapuskan kewujudan orang tengah dan pemborong, sebaliknya fungsi tersebut diambilalih oleh kerajaan negeri sepenuhnya, pasti harga akan dapat diturunkan.

Tetapi mengapa Pakatan Rakyat tidak berbuat sedemikian? mengapa terus menerus menyalahkan kerajaan?

Kalau hanya mampu menjadi jaguh melalak disebabkan RON97 naik harga, dan kemudian memberi alasan yang tidak munasabah, adalah lebih baik sekiranya mereka diam kerana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat pun tidak lebih baik berbanding kerajaan pusat. Kerajaan tetap berusaha untuk tidak membebankan rakyat, dan ini berbeza dengan Pakatan Rakyat yang hanya tahu menjadi juara melalak tanpa sebarang usaha dijalankan!

No comments:

Post a Comment