Khalid Ibrahim Zalim. Penduduk Kg Sg Kerandang Di Halau Dari Perumahan Mereka!




sumber gambar daripada Sahabat-gunung.com


Pakatan Rakyat menjanjikan rakyat bahawa kehidupan mereka akan berubah setelah mereka mendapat kuasa di Selangor. Pelbagai janji telah diberi bagi mendapat sokongan rakyat Selangor untuk mengundi Pakatan Rakyat. Apa yang berlaku setelah mereka berkuasa? Adakah mereka mengubah hidup rakyat menjadi lebih selesa atau mereka hanya mengubah hidup kroni-kroni mereka supaya menjadi lebih kaya?

Terbaru, hari ini, Penduduk Kg Sungai Kerandang Selangor telah diarahkan keluar daripada kawasan perumahan mereka, malah ladang-ladang yang sudah bertahun mereka usahakan untuk mencari rezeki juga diancam untuk dirobohkan oleh Kerajaan Negeri Selangor!

Pagi ini, penduduk di sana berkumpul beramai-ramai dengan membawa anak-anak kecil, datang membantah usaha merobohkan tempat tinggal mereka itu. Jentera-jentera daripada Jabatan Perhutanan telah siap sedia untuk meranapkan segala infrastruktur yang ada di Kg Sungai Kerandang, pagi tadi.

Puteri mendapat meklumat bahawa kerajaan negeri membuat keputusan zalim ini, keputusan yang akan menghancurkan masa depan penduduk di sini kerana mereka telah menjual tanah, menjual pajakan tanah ini kepada sebuah syarikat di Kuala Lumpur, mereka utamakan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat dan penduduk negeri Selangor, khususnya di Kg Sg Kerandang.


Mengapa ketika Barisan Nasional mentadbir Selangor dahulu, tiada langsung isu menghalau penduduk Kg Sg Kerandang ini? Apakah tujuan sebenar Khalid Ibrahim tergamak untuk menghalau para penduduk melayu di sana? Dimana anak-anak mereka hendak tidur malam ini?

Khalid Ibrahim boleh bersenang lenang, dia sudah kaya dengan hasil daripada Kerajaan Selangor! Malah malam ini beliau boleh senang lenang hendak menghadiri ceramah berkenaan dengan program merakyatkan ekonomi negeri Selangor! Inikah caranya? dengan menghalau penduduk Kg Sungai Kerandang?

Pakatan Rakyat teramat Zalim kepada rakyat! Khalid Ibrahim Zalim kepada rakyat Selangor!

Mari membuat perubahan!
Beri kembali kuasa kepada Barisan Nasional!
Pasti Rakyat tidak akan teraniaya !

1 comment:

  1. PINTU UMNO/BN terbuka luas...tengok lah apa yg depa dah buat pada Rakyat tak sedar diri... Jom kita ramai ramai balik kepangkal jalan ...

    ReplyDelete