Nurul Izzah Cabar Perdana Menteri Berdebat Dengan Anwar ?


Nurul Izzah boleh dikategorikan sebagai ahli politik yang baru setahun jagung di dalam dunia politik. Malah jawatannya kini boleh dikatakan atas belas ikhsan penyokongnya hanya kerana dia anak kepada Anwar Ibrahim.

Sila bandingkan jasa Nurul Izzah dengan jasa Datuk Seri Najib? Siapa yang lebih berusaha untuk memajukan negara dari segi ekonomi? Siapa yang berjasa dalam mengharumkan nama negara agar lebih dikenali di seluruh dunia? Nurul Izzah? Tolonglah...jangan berlawak lagi..


Kini budak kecik Izzah ini berani mencabar Datuk Seri Najib untuk berdebat dengan ayah ANU-gerah Tuhannya dalam isu kononnya Anwar difitnah. Yang peliknya kenapa Datuk Seri Najib? kenapa tidak Datuk Eskay? Mengapa Nurul Izzah tidak mencabar Datuk Eskay untuk berdebat dengan Anwar?

Bukan Datuk Seri Najib yang membuat dakwaan tersebut! Tetapi Datuk Eskay dan 2 orang lagi rakannya. Cabarlah mereka! Adakah Nurul Izzah takut? Adakah Anwar Ibrahim takut? Takut jika lebih banyak pekung ayahnya dibongkar kepada rakyat, kepada media?

Janganlah mengemis untuk mendapatkan perhatian rakyat wahai Nurul Izzah. Nak buktikan apa lagi kepada rakyat? Dengan berdebat rakyat akan sedar ayahnya difitnah kerajaan katanya. Tidak perlu sebarang debat lagi Izzah..Video penuh dah tersebar luas. Rakyat dah lama sedar. Awak dan penyokong Pakatan Rakyat yang masih tak sedar-sedar.

Penulis cabar supaya Nurul Izzah mengajak Datuk Eskay berdebat dengan Ayahnya !

Ada Berani Ke?

1 comment:

  1. Anonymous7/11/2011

    Apa pula jasa ROSMAH pontianak terhadap negara....tiba2 menggelarkan dirinya sbg FIRST LADY OF MALAYSIA...bukahkan sepatutnya permaisuri Agong yang menerima gelaran itu.....setakat habiskan wang rakyat dia taw....

    ReplyDelete