Pakatan Rakyat Buat Apa? Lembab Bertindak !


Tragedi yang menimpa Rumah Anak-Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat amat menyedihkan rakyat Malaysia. Puteri amat berbangga dengan pihak Kerajaan Barisan Nasional yang cepat bertindak dalam usaha membantu meringankan beban mangsa yang terlibat. Terima kasih juga kepada pihak bomba dan para penyelamat yang bertungkus lumus di dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa runtuhan. Malaysia amat bertuah kerana mempunyai rakyat yang amat prihatin diantara satu sama lain.

Namun begitu apa yang mengecewakan, adalah pentadbir negeri Selangor iaitu Pakatan Rakyat. Sebagai pihak yang bertanggungjawab kepada rakyat Selangor, Pakatan Rakyat dilihat sebagai gagal dalam bertindak ke atas situasi tersebut. Kelewatan dalam memberikan bantuan kepada mangsa akan mengakibatkan risiko kehilangan nyawa amat tinggi.

Reaksi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika kejadian tanah runtuh tersebut jelas mengecewakan. Beliau dilihat seperti tidak bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi situasi itu.

Ketika kejadian tanah runtuh berlaku, Tan Sri Khalid Ibrahim mengemaskini twitter nya dengan menyatakan simpatinya kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

"Takziah untuk waris dan keluarga mangsa, tanah runtuh Felda Semungkis, Hulu Selangor. Berharap dan berdoa agar ada lagi mangsa yang terselamat."

Bagaimana seorang Menteri Besar boleh membuat kesilapan begini? Kejadian berlaku di Hulu Langat! malah Felcra bukannya Felda. Amat memalukan kerana Negeri Selangor mempunyai Menteri Besar yang tidak prihatin dengan kawasan pentadbirannya. Malah beliau tidak langsung turun ke kawasan kejadian sehingga ke hari ini!

Lebih mengecewakan, apabila pihak Puteri UMNO turun ke kawasan kejadian, kami telah dihalang daripada menghampiri kawasan tersebut oleh beberapa wakil daripada pihak pembangkang!

Mengapa perlu Puteri UMNO dihalang? Tujuan kami adalah untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa kejadian. Namun pihak pembangkang jelas memperlihatkan kejahilan mereka kali ini.



Tetapi Alhamdulillah, rata-rata penduduk di kawasan tersebut menghargai usaha kami dan Kerajaan Barisan Nasional. Ucapan terima kasih tidak putus-putus kami terima daripada penduduk Kampung Gahal.

Tahniah kepada Barisan Nasional yang pantas memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa dari segi kos perubatan dan lain-lain. Malah hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji untuk membina semula rumah anak-anak yatim tersebut. Kerajaan Barisan Nasional juga akan memberikan bantuan kewangan sebanyak RM10,000 kepada setiap mangsa yang terlibat.


1 comment:

  1. Puteri Sabah5/22/2011

    Bukan saja Lembab malah tidak perihatin juga !!

    ReplyDelete