Sambutan Hari Belia 2011 " Belia Pemangkin Transformasi "







Sambutan Hari Belia Negara 2011 diadakan di Jalan Bukit Bintang Semalam. Majlis tersebut dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan dihadiri oleh lebih daripada 3,000 golongan belia.

"Golongan belia dan kerajaan bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku, bersama-sama berganding bahu, bantu membantu untuk mara ke hadapan sebagai satu pasukan, membawa negara kita ke era yang lebih gemilang," katanya




Tan Sri Muhyiddin Yassian berkata golongan belia berada pada kedudukan yang amat penting dan strategik dalam menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara dan kepentingan golongan ini bukan semata-mata kerana jumlahnya yang ramai, iaitu lebih satu pertiga daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia, tetapi kerana kualiti yang dimiliki oleh para belia.

Turut menghadiri sambutan meriah tersebut adalah Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery dan juga Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin.


Sambutan Hari Belia Negara merupakan suatu pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap sumbangan golongan muda kepada pembangunan negara.

1 comment:

  1. Selamat Hari Belia untok Sejuta Belia Malaysia... Tahniah .

    ReplyDelete